KOREA BUDGET TRAVEL memberi perkhidmatan yang berbaloi untuk sesiapa yang ingin melancong ke Korea. Lawatilah page KOREA BUDGET TRAVEL untuk mendapatkan informasi lanjut budget trip ini. Boleh juga email ke hanziskandar@yahoo.com / hanziskandar@hotmail.com

Wednesday 14 November 2012

Kayuhan Bendang Ban Canal, Tanjung Karang



Kayuhan Ban Canal kalo diterjemahkan ke bahasa melayu Kayuhan Bendang sebenarnye, saja nak nampak lebih internasional.
Asalnya aku nak datang lebih awal kayuhan iaitu pada tengahari 12hb November 2012 boleh main kayak, mancing, mandi palong etc tetapi disebabkan ada sorg 'budak manja' kena batalkan hasrat dan pegi lepas maghrib dengan dia.. hehehehe..
Sememangnya aku tak berapa ingat tempat ni walaupon pernah pegi time kayuhan meredeka raya sebelum ini , itupon singgah rehat kejap time kayuhan. Tup tup kayuh dah sampai kawasan tu. Kali ni aku gerak terus dari rumah lepas maghrib dan nasib baik kak ija bagi koordinate untuk ke tempat ni.
 
Agrotourism Center Homestay Sungai Sireh, 
Parit 1, Sg. Sireh, Ban 4, 
45500 Tanjung Karang, Selangor

Coordinate
N 03*29.830'
E101*11.984'

Aku gerak ngn member sorg ni lepas maghrib lebih kurang dalam pukul 8:15 camtu dan sampai kat homestay ni dekat pukul 10 malam, kalo ikotkan boleh sampai lebih kurang sejam disebabkan tak sure jalannya drive slow takut terlepas simpang padahal kalau dari meru ke sini straight je jalannya dan bila nampak signboard stesen Mardi selepas lebih kurang 48km baru masuk simpang kanan dan terus sampai penghujung atau T junction di kawasan kampung.

Kami bermalam di sini dengan camping style dengan harga sewa tapak khemah RM4 per head dan khemah RM10.Korg juga boleh pilih untuk tinggal homestay dengan keluarga angkat. Terdapat lebih  40 buah rumah yang boleh tinggal 2 ke10 org dalam satu2 masa. 


Bagi yang ada kayak dan nak memancing pon boleh terdapat sungai dihadapan homestay ni. Kalo takde kayak pon korg boleh sewa kat sini dan harga aku tak pasti berapa sebab aku tak sempat berkayak time ni.

Kalo nak tahu lebih lanjut boleh hubungi no di bawah ni

Office : 03 – 3269 2400
En. Abu Bakar : 019 346 7372
En. Selamat : 013 305 1470
En. Maruwan : 013 258 8825


Kawasan tapak khemah ni disediakan tempat mandi yang agak tradisional dan tapaknye di tengah tanaman kelapa sawit, kiranya kalo hujan tak akan terasa di hentam khemah tu sebab ada halangan daun2 pokok kelapa sawit dan boleh tahan sejuk gak lebih2 lagi waktu pagi. Yang kitorg lak guna tandas untuk mandi dan tak silap kena charge 50 sen , tapi tak sure untk satu hari charge ke atau sekali guna tak tau lak kena charge kalo mandi kat tandas situ. 

Kat kawasan sini tak perlu riso sangat sebab sepanjang deretan menuju ke sini akan ada kedai makan dan kedai runcit , kalau2 la korg rasa laparkan.


Datang je kat homestay ni kitorg dihidangkan dengan ubi dicicah dengan sambal memang masyuk malam2 di kawasan bendang makan ubi. Ditambah dengan minum kopi entah apa jenama kopi tu , tiba2 terasa sedap lak minum even aku bukan penggemar kopi dan juga ada air ketum , betapa pahitnya air ketum tu.

 

Seperti biasa pukul 5 pagi aku dah bangun , mandi , tunaikan kewajipan dan bersiap untuk kayuhan pagi 13hb November tu. Lebih kurang 21 orang yang join kayuhan ada yang datang direct dari rumah dan ada yang tido homestay berdekatan. Pertama sekali permulaan kayuhan ialah perlu cari kedai makan untuk sarapan , kalo tak ada yang pengsan tengah jalan. 


 "pomen basikal yang kedahagaan lepas tukar tiub tayar"

Boleh tahan jugak makanan kat kampung, biasa la jarang makan kat area pure kampung. Dan makanannye pon murah dengan Nasi lemak udang 70 sen je dan nasi lemak ayam RM1. Hari tu RM10 untuk 2 keping roti canai kosong, 5 nasi lemak , limau ais segelas, milo ais 2 gelas dan teh o ais segelas rasanya.


Lepas kitorg dah puas melantak sambung kayuhan pusing keliling bendang menuju ke stesen Mardi dimana kat Mardi kitorg diberi penerangan mengenai pertanian sawah padi . Secara ringkasnya lah apa yg aku ingat tentang penerangan yang diberi , tak tau lak aku ada banyak jenis padi kat sini . Mardi banyak buat research padi2 ni termasuk lah kacukan padi juga untuk mendapatkan baka baru dimana baka2 baru ni dikaji adakah ia dapat menghalang jangkitan atau penyakit yang berlaku sekarang , "padi kebal" antara kajian yang dibuat, first time aku dengar dan juga masalah "padi angin"


 " antara pegawai MARDI yang sudi memberikan penerangan walaupon time cuti"

Kebiasaan musim padi dalam setahun sebanyak 2 kali, skrg ni penyelidikan telah dibuat untuk membolehkan dalam masa 2 tahun 5 musim padi. Tetapi apa yang berlaku ialah padi boleh stress, ingat manusia je leh stress ke kalo dipush2, padi pon cmtu gak.



Kalu korg perasan selama ni, kebiasaan bunga tak ditanam di kawasan padi tetapi mereka lakukan penyelidikan dengan menggunakan kaedah penanaman bunga di batas2 kawasan sawah padi supaya serangga yang tertarik kepada bunga tersebut menjadi penjaga untuk pemangsa kepada serangga yang selalu musnahkan padi .(Aku harap penerangan dan ingatan tentang ni betol).



Seperkara lagi, kalo perasan kebanyakan sawah padi di sini boleh dikatakan semua dikendalikan oleh orang Bangladesh atau orang asing tetapi ownernya orang melayu sebabnya bagi aku adalah nak amik mudah agaknya ataupon dah rasa diri ini melayu di Malaysia jadi merasa sudah selesa dengan keadaan kehidupan di negara sendiri dan lepas suma keje kat orang lain, seperti apa yang diberitahu oleh pihak Mardi segala kemudahan diberikan dari benih sehinggakan subsidi peralatan , itupon masih tak dapat diuruskan sepenuhnya dan boleh dikatakan tidak sehebat padi kaum cina yang juga menanam padi yang terdapat di Tanjung Karang. Kalo lihat sendiri padi yang diusahakan dan dijaga sendiri oleh kaum cina nampak lebih menarik, sihat, tersusun, menghijau sebabnya kerjasama sesama mereka dan komuniti mereka menggunakan benih dan baja yang the best. Mungkin ada sebilangan kecil yang dikendalikan oleh bangsa melayu sendiri yang menguruskannya tapi tak semeriah seperti dulu dan kebanyakkan yang menguruskan hanya sekadar menggunakan perkara yang sedia ada tidak buka minda untuk mejadikan penanaman padi ini lebih baik . Minta maaf kalo bunyinye agak sinis tetapi itu secara hakikatnya bangsa melayu kat malaysia ini, aku berharap dan berdoa supaya aku bukan berada dalam golongan yang malas berusaha. Moga aku sentiasa berada dalam golongan yang sentiasa berusaha dan sentiasa memajukan diri dan berharap begitu juga kepada orang lain. Amin.

 

Ini siput gondang antara perosak padi , kalo perasan mcm ada telo warna pink itu tak lain tak bukan telo siput gondang la tu. Kebiasaanya kalo hujan sipot2 ni perlu di racun kalo tak berpetak2 sawah padi leh musnah dibuatnya. Padi yang berusia 0-40 hari amat berbahaya kalo siput gondang ni sudah berada di kawasan padi tersebut , melainkan kalo padi ni dah bercambah baru siput gondang ni tak serang.


Lepas lawatan sambil belajar kat MARDI kitorg menuju ke rumah pembuat parang di:

No 22 Ban RB,
Kg Sungai Tengi Kiri,
45500 Tanjung Karang
0123616460 (Ismail)

Kalau rasa ada keinginan nak beli atau buat collection parang leh la contact no kat atas ni.


Agak-agak puas dok berkaraoke sambil tengok orang buat parang dan juga dihidangkan air keladi sejuk, kitorg teruskan perjalan menuju ke Kilang Gula lama . Daripada beberapa informer Kilang ini dikatakan telah dibina oleh pihak British dan dirampas oleh tentera Jepun menjadi markas dan pengkalan. Kilang ini terletak dekat ngan sungai Kajang. dan dipercayai hasil dari kilang ini dibawa keluar melalui jalan sungai. Tetapi ada satu sumber bahawa ada sesuatu disebaliknya kilang gula ni yang aku tak pasti patut atau tidak letak dalam blog ni. Wallahualam.. 

 " Singgah sebentar pekena air tebu"

Puas sudah kayuhan sambil belajar, kitorg terus gerak ke 'markas' sungai sireh untuk lunch dan waktu tu pon dah dekat pukul 3 petang. Sesampai je kat sana ada yang terus balik rumah dan aku bersama beberapa rakan lain gi menyantap dulu kat Warung Bihun Sup Utara. 



Ini adalah cendol kelapa pandan agak terbaik rasanya, tak terpikir yang cendol kelapa pandan dihidang cmni.



Ini lak sup daging yang awesome bila makan time lapar giler.


BELOW PHOTOS CREDIT TO ACHIK




2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...