Welcome to Sharil Routh Blog

Blog Notty by Nature Life - Chapter 2 ini adalah kesinambungan daripada Notty by Nature Life - Chapter 1 (https://sharilrouth.blogspot.com/)

Kebanyakkan info yang dikongsikan di blog ini mengenai aktiviti outdoor dan tour yang mungkin boleh membantu serba sedikit untuk planning korang di masa akan datang. Insyaallah...
KOREA BUDGET TRAVEL memberi perkhidmatan yang berbaloi untuk sesiapa yang ingin melancong ke Korea. Lawatilah page KOREA BUDGET TRAVEL untuk mendapatkan informasi lanjut budget trip ini. Boleh juga email ke hanziskandar@yahoo.com / hanziskandar@hotmail.com
Showing posts with label selangor. Show all posts
Showing posts with label selangor. Show all posts

Sunday, 2 March 2014

BUKIT SAGA & AIR TERJUN SUNGAI PUTIH, Ampang


1780708_790874317607530_400133192_n

Bukit Saga.... hmmm.. apa yg aku cuma tau pasal bukit saga ni terletak kat area taman saga, ampang. :P
Bagi yang tak biasa area ampang dan pertama kali datang sini mungkin akan sesat nak cari mana bukit saga ni walaupon ada tanda arah bukit saga sebab korang akan melalui kawasan perumahan dan akan terpikir betol ke kawasan yang korg pergi ni, sememangnye itu la areanya.
Sekarang ni ramai orang hiking bukit saga terutama seali hujung minggu , awal2 pagi suasana kawasan perumahan Taman Saga , jalan saga 28 penuh dengan kereta , bukannya kereta penduduk kereta situ tetapi kenderaan hikers. Biasanya memang nasib la kalo jumpa parking yang berdekatan dengan starting point. Time aku dtg hari tu sampai pukul 7 pagi pon dah penuh keliliing dengan kereta, lepas 2 tiga kali pusing aku parking kat awal2 simpang nak masuk Taman Saga.Asalnya nak parking berdekatan Starting point tapi takut menggangu laluan dan kacau kawasan rumah orang.


IMG_0940

IMG_0946

Kami suma berkumpul di Taman Permainan berdekatan denagan taska dan balairaya yang kalo korg datang pagi tu dah tak nampak taman permainan tapi macam parking kereta.

IMG_0949

Ni Bro Faizal , guiide yang anjurkan event Bukit Saga ni dari group Menarik Adventure Team. Asalnya berkumpul pukul 7.30 pagi dan get ready pukul 8:10 pagi tapi ada peserta yang sesat dan tak jumpa tempat ni, memang gak sukar nak jumpa gak tempat ni kalo tak tau. Aku pun jumpa sebab pakai GPS.
Jadi kami berkumpul  dalam pukul 9:10 pagi dengan taklimat pejal dulu. Then kami gerak menuju ke Bukit Saga.
IMG_0952

Ni la starting point untuk ke Bukit Saga, dari gambar boleh tengok punya ramai orang , itu baru sebahagian je.

IMG_0953

IMG_0956

IMG_0961

Kalo korang yang jenis tak sempat nak buang air dari rumah jangan risau tandas disediakan untuk korang melegakan diri tetapi tandas ni sesuai untuk buang yang kecil2 je, yang besar rasanya kena gi semak. hehehe.. Tandas nya satu je jadi nasib la kalo kena beratur panjang time tu.

IMG_0967

Kat point ni  ada satu gerai makcik tu jual nasi lemak, buah-buahan , air dan juga tongkat hiking dengan harga yang murah RM20 je.

IMG_0969

Pada awalnya aku tak tau yang akan hiking tangga dan bila tengok biasa je kot. Tapi selepas beberapa lama, betapa azabnya hiking tangga berbanding hiking jalan biasa. Nasib baik aku tak bawa tripod kalo tak memang naya. Keluar habis peluh janatan membasahi badan ni, sebenarnya ada rasa nak give up time tu. hahahaha

IMG_0971

IMG_0972

IMG_0974

IMG_0975

IMG_0977

IMG_0979

IMG_0985

Lepas lebih kurang 20 minit baru la track tak bertangga.. fuhhh.... ringan sikit kepala lutut ni. Time ni memang lega giler berjalan. Dorang ni tak yah cakap, mana tau penat otai gunung suma tu. :p

IMG_0991

IMG_0992

IMG_0993

IMG_0996

Kitorang gerak lebih kurang pukul 9.30 pagi dan sampai dalam pukul 10.10 pagi, setengah jam je rupanya utk sampai ke puncak. Ni baru puncak bukit saga belum nak menuju ke waterfall lagi. Kat sini berehat la 10-20 minit samabil menunggu member2 lain sampai.

IMG_1000

IMG_1013

Ni lak track menuju ke waterfall dari puncak bukit saga , time ni kebanyakan track turun ada beberapa ketika menaik tapi masih ok lagi la tracknya.

IMG_1014

IMG_1016

Hepi tol kanak2 ribena ni, tak padan dah tua bangka. hehehehe

IMG_1018

IMG_1023

IMG_1027

Sebelum sampai ke waterfall kami melintasi beberapa sungai .

IMG_1029

Dan akhirnya sampai jua ke waterfall Sungai Putih, meriah tol dengan orang time sampai kira hampir pack kawasan air terjun ni. Siap dah ada tempat teduh, hammock , tempat salin pakaian . Kalo nak bergambar dengan air terjun memang kena gilir2 la sebab ruang limit. Apa pon samapi je kitorg rehat dulu makan2, minum2 , curi makanan orang. Time sampai ni pukul 12 lebih rasanya.

IMG_1031

IMG_1042

Lepas puas melayan kesejukan air terjun sungai putih, kami bersihkan tempat dulu dan gerak menuju ke route A untuk pulang ke base parking. Kami akan melalui 'RnR' , kat sini korang leh lepak dengan hammock ke, nak workout sbb ada mini gym sini yang ala2 je, nak refill air minum termasuk nak berguling, nyanyi suma boleh la.

IMG_1045

Ini papan kenyataan tentang group dan aktiviti yang meka2 di kawasan sekitar ni buat.

IMG_1047

IMG_1049

Ini kawasan air refill untuk yang kedahagaan.

IMG_1051

Ini mini gym yang dicakapkan tadi. Seswai yang ingin menjadi ahli gymnastic boleh lah berlatih di sini.

IMG_1054

IMG_1056

Ini dua orang kanak-kanak sangat gedik ada jalan gantung tak bertali  tapi guna jalan bergantung dengan tali. hehehehehe

IMG_1059

Akhirnya kami sampai base parking pukul 2 petang dengan keadaan cuaca yang panas terik.



PHOTOS CREDIT TO:

Why Waheeda, Faizal 

1978757_10202487803090861_1325504503_n

1798461_790874670940828_988011642_n

1376476_790877064273922_1908988165_n

1979585_790877407607221_1608786628_n

1622836_790877697607192_944436523_n

1005538_790877744273854_1319723540_n

1891174_790877994273829_669058570_n

1005538_790878014273827_1538549527_n

10003859_725807810785907_100997638_o

1622393_725807880785900_461159796_o

Friday, 31 January 2014

SABAK BERNAM --> TELUK INTAN --> TELUK BATIK --> SABAK BERNAM

1017564_10200433308993849_532192732_n

 Teluk Mak Intan Oh Telok Anson..... Kayuhan CNY ni adalah kali kedua ke Teluk Intan dan kami kembali untuk merempuh Dataran Udang Galah selepas kekecewaan untuk berkayuh ke Satun, Thailand tidak kesampaian. huhuhuhuhu. Asalnya agak frust, bukan agak tapi memang frust tapi aku sentiasa percaya everything happen for a reason. Kalo gi Satun hari tu mungkin pakai banyak duit berbanding cuma ke Teluk Intan dan aku takkan jumpa satu event yang dah lama aku nantikan selama 5 tahun dan memerlukan bajet yang agak tinggi. Alhamdulillah..


IMG_0412

IMG_0402

IMG_0417

Seperti biasa kitorg suma yang join kayuhan Mak Intan ni berkumpul di kampung Wak Rahim di Sabak Bernam. Selepas keje pukul 6:30 petang tu aku dah start the engine menuju ke rumah Wak Rahim di Kampung Perepat bukan jamu perapat ye. Yang pasti kami melantak Nasi Arab dulu , tak ingat nama kedai tu , hari tu dah ingat bila nak taip ni lak leh lupa. Bersama Kak Ija , Wak Rahim, Kak Elisah dan Bang Irwan kami melantak selantak yang mungkin sememangnya kami kebulur dan kelaparan.

Burrpp.. Alhamdulillah selesai sudah makan style Arab, kami terus menuju ke kampung Wak Rahim di Sabak Bernam. Sampai di Sabak Bernam lebih kurang pukul 12:45 tgh malam tak silap. Sampai-sampai solat kuarkan basikal and get prepared untuk esoknya. Aku , King @ Raja Hassan, Atok & Wife , kami bermalam di Kampung Wak Rahim , Bang Irwan dan Kak Elisah pulak akan datang esok paginye juga Bang Syaaban dan En Mat, Azmir Wahit dan Wak Jan.

Tepat pukul 6 pagi tersedar , golek2 kiri kanan sikit then bangun mandi dan Solat Subuh. Apa yang kuharapkan pagi tu , kayuhan ni dapat melupakan kedukaan tidak dapat kayuh ke Satun. Lebih kurang nak dekat pukul 9 pagi rasanya kami mulakan kayuhan sebab tunggu Wak Jan yang masih dalam dilema. hehehehe.

IMG_0423

IMG_0429

IMG_0434

IMG_0436

IMG_0445

Dari Sabak Bernam kami akan melalui Hutan Melintang lebih kurang dalam 50km (ikut firasat je sebab takde meter) dan dari Hutan Melintang tu hanya ada beberapa kilometer je untuk sampai ke Teluk Intan lebih kurang 10 km . Sesampai di Bandar Teluk Intan kami terus menuju ke JTC bike centre untuk berehat , parking basikal dan persiapkan diri untuk sembahyang jumaat dulu. Selesai sahaja solat kami berkayuh untuk makan tengahari di Restoran Nasi Lambai tapi sayangnye tengok2 hanya tinggal kuah2 ayam goreng dan telur masin je lauknya , tapi apa pon alhamdulillah ada jugak makanan untuk kita makan.
Aku ni bukan peminat makanan dari Restoran mamak jadi rasanya biasa je bagi aku yang speselnya bagi panggilan Nasi lambainya mungkin bagi orang lain sangat sedap .

IMG_0448

IMG_0460

IMG_0461

IMG_0468

Solat sudah makan pun sudah kitorg dah tak tau mana nak pegi , kalo ada hotel kami dah balik hotel tapi kami tak dapat booking hotel walaupon ada banyak hotel sebab dah full sempena CNY , nak tak nak kena cari alternatif lain untuk bermalam . Oleh itu kami cuba riki kat River Front Teluk Intan untuk tengok2 kawasan, dengan melihatkan tempat tu yang tandas pon hidup segan mati tak mau kami beralih arah ke Masjid dengan meminta kebenaran orang kebenaran untuk bermalam di situ. Kebanyakkan daripada kami buka khemah dan bentang di kawasan masjid dan memang kena pakai khemah punya banyaknye nyamuk situ.

IMG_0470

IMG_0475

IMG_0480

IMG_0482

IMG_0486

IMG_0491

Tetapi sebelum kami tido , untuk dinner menu wajib bila dah sampai Teluk Intan harus lah pekena udang galah bakar di Restoran D'tepian Sungai area Dataran Udang Galah.  Untuk tidak menghampakan bagi sesapa yang mengidam nak makan udang galah bakar , wajib bagi kalian untuk order melalui telefon dahulu jika tidak harapan la nak dapat udang galah sebab cepat habis. Harga udang galah time CNY hari tu RM70 sekilo kalo waktu biasa RM60 je. Tau-tau sampai je kitorg hidangan siap dengan cepat tak yah menunggu lama2. Malam2 tu masing2 suma selera besar, makan takmo kalah, hahahaha... tapi udang galah bakar nya memang terbaik bagi aku, rasa bakarnya bukan bakar biasa kalo makan terasa nikmat yang berbeza makan udang galah bakar biasa.  Selain udang galah dorg pon ada natang lain untuk dijadikan santapan korg.

IMG_0498

IMG_0499

Lepas perot pon dah kenyang dengan suka hati kami ke Bandar teluk Intan, tapi silap la ... timing salah dataran Menara condong penuh dengan gerai2, mengganggu pengunjung yang ingin mengambil gambar berlatarkan menara condong . hampa sungguh..... lepas dekat sejam kami pun dah buntu tak tau nak buat apa kat bandar Teluk Intan ni kami pun balik lah untuk tido.

IMG_0509

IMG_0513

IMG_0519

Seawal pukul 5 pagi aku dah terjaga dan duduk sebentar kt dalam khemah tu then dah rasa sedar betul2 gi persiapkan diri untuk solat dan  mulakan kayuhan selepas tu. Sebelum kami pergi lebih jauh perjalanan , pastinya sarapan adalah wajib dan Gerai Chah Sabar Menunggu menjadi pilihan kitorg dan menu yang biasa order ialah Mee Kicap dan Teh Tarik , Sup Mee Kicapnya memang sedap dan Teh Tarik nye antara yang aku paling suka, aku bukan la peminat Teh Tarik tapi bila aku datang Teluk Intan aku tak miss order teh tarik sebab memang ikut selera aku , rasanya tak manis dan tak tawar, rasanya memang sedap2.

IMG_0527

IMG_0535


IMG_0542

IMG_0548

IMG_0552


Selesai sarapan kami menuju ke jeti bot penambang di bandar Teluk Intan untuk menyeberangi sungai. Start seberang sungai kami akan terus menuju ke Teluk Batik.  Sememangnya menaiki bot bersama basikal pengalaman yang paling syok sekali, bila di bandar asik dengan kereta , motor kdg2 tu rasa rimas suma tu dan perlu perubahan sekejap.

IMG_0565

IMG_0576

IMG_0588

IMG_0601

IMG_0605

IMG_0619

IMG_0622

IMG_0633

Ke Teluk Intan kami melalui kawasan sawah padi dan laluan offroad, untuk basikal tayar halus mcm aku ni agak seksa untuk berkayuh sentiasa kena alert takut2 terlanggar batu mau jatuh. Dan juga sentiasa kena perhatikan skru pannier rack sebab boleh tercabut sebab gegaran sewaktu laluan offroad.

Kami melalui kampung lekir batu 9 dan selepas tu singgah di Pasir Salak di kawasan Muzium. Di sini korg boleh melawat keunikan rumah-rumah lama di negeri Perak dengan bayaran yang murah. Tapi untuk bawa basikal boleh cuma kena tolak tak boleh kayuh.

IMG_0634

IMG_0642

IMG_0647

IMG_0651

IMG_0694

IMG_0697

IMG_0708

IMG_0709


Lebih kurang dalam pukul 2.45 petang kami bertolak semula menuju ke Teluk Batik ikut jalan besar. Time ni aku dah mula pewai ditambah mengantuk dan letih yang amat bangat, sangat slow aku kayuh time ni sentiasa ketinggalan, lama jugak tak kayuh jarak jauh.

Sememangnya satu azab untuk aku teruskan walaupon rasa macam dah tak larat sangat dah tapi disebabkan aku bukan jenis suka buat kerja separuh jalan aku gagahi jua untuk menghabiskan dan enjoykan diri.

IMG_0711

IMG_0718

Kami tiba di Sri Manjung waktu Maghrib, kira dah mula gelap jadi masing2 bersiap sedia dengan lampu menerangi jalan supaya orang dapat alert yang ada cyclist tengah berkayuh.

Sampai je hampir di Teluk Batik , panjang beratur kereta dari simpang tiga traffic light hingga sebelum Teluk Batik, Fuhhh... punya ramai orang nasib baik kami naik basikal jadi lalalalala je la mencelah.

Tiba kami di Teluk Batik lebih kurang pukul 8:45 petang , Kak Elisah dah tunggu di tempat khemah. Disebabkan time tu CNY , ramai pulak yang berkhemah jugak.

Kemudahan di sini agak memuaskan dengan bilik mandi dan toilet dikenakan bayaran 50 sen ke RM1.00. Di sini ada 3 area bilik mandi, 2 area bilik mandi biasanye pukul 12 tgh malam dah tutup tetapi satu lagi area bilik mandi 24 hours buka jadi jangan riso la kalo terasa nak membuang sebab ada bilik air yang buka.

 Walaupon malam tu agak riuh rendah dengan mat rempit dan bising karnival tapi aku masih mampu tidur dengan lena jugak la sebab sangat keletihan dan aku memerlukan tenaga esoknya.

Pagi esoknya iaitu last day berkayuh balik aku terjaga pukul 4.50 pagi sebab tiba2 lak meragam perot ni. Alih2 terus bangun tak tido2 sehingga time packing nak balik, kami sarapan sikit dulu untuk alas perut dan kami bertolak pukul 8:15 pagi terus menuju ke Sabak Bernam dan ia perjalanan yg agak jauh.

IMG_0722

IMG_0733

IMG_0736

IMG_0740

IMG_0745

Dalam perjalanan , di Lumut kami singgah di Restoran Vanggey dan ini la restoran yang selalu aku dengar, kami tapau untuk makan waktu singgah lunch nanti. Rasa nasi Vanggey ni takde apa yang istimewa bagi aku biasa je mungkin sebab aku bukan peminat makanan mamak .

Sempat jugak lah kami singgah beli ikan kering, barang hasil2 laut dan yang pasti aku hendak terus menuju pulang. hehehehehe...

Di kayuhan terakhit biasa la ,mood untuk mengambil dah takde sebab melalui kawasan yang sama jadi di sebabkan tempat yang sama tak perlu la ambil. :p

IMG_0750

  Beberapa perkara yang perlu di ambil berat bagi aku semasa berkayuh jarak jauh mungkin bagi sesetengah orang. Bawa la Eno , air yang secukupnya sebab bila cuaca panas memang haus memanjang dan cepat letih, bawa extra skru pannier rack sebab kita tak perasan benda leh longgar dan tanggal , lampu basikal kena terang , rantai basikal juga penting untuk keselamatan.

BELOW PHOTOS CREDIT TO :
RAJA HASSAN, IRWAN JAMINGAN, IJA ZAHRI, ELISAH MISLAL

1656354_668255763217241_518844501_n

1620855_10200429270132880_1006161817_n

1620426_10200428740399637_144912458_n

1601430_10152196738258430_1340141032_n

1661413_1459231700957805_1246485828_n

1800246_1459231664291142_205238578_n

1601093_1459231510957824_820295013_n

1779967_1459210650959910_601958903_n

1798880_668718606504290_668875350_n

16606_668715563171261_355473543_n



1662113_669177626458388_1387688782_n

1555463_669179743124843_723590031_n

1782176_10152198863478430_310230881_n

1795895_616399511767381_298659504_o

1781812_616400741767258_387746333_o

1052242_616399131767419_1502893075_o

1529855_616400451767287_1608447041_o

1010484_1459799964234312_1812629512_n

1618643_1459054077642234_609388106_n

1069817_1458356251044973_697401307_n


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...