KOREA BUDGET TRAVEL memberi perkhidmatan yang berbaloi untuk sesiapa yang ingin melancong ke Korea. Lawatilah page KOREA BUDGET TRAVEL untuk mendapatkan informasi lanjut budget trip ini. Boleh juga email ke hanziskandar@yahoo.com / hanziskandar@hotmail.com

Sunday, 26 January 2014

GUA BATU MALOI

550282_693230680716763_1515525053_n

Setelah berbulan-bulan aku tak berapa folow aktiviti outdoor disebabkan kekangan masa dan keje yangberlambak, finally aku mula kembali dengan jayanya, :p . Pada Ahad 26hb Januari 2014 adalah aktiviti outdoor pertama sempena tahun baru bersama aktiviti yang berkenalan dengan rakan outdoor yang baru.
Asalnya dah terlepas nak join Caving kat Hutan Lipur Batu Maloi tapi rezeki menyebelahi bila Faizal  selaku orang kuat Menarik Adventure Team buka penyertaan sehingga 100 orang.. memang tengok wow jumlahnya tapi yang penting akhirnya aku dapat join sekali. hehehehe..

Seawal 4:00 pagi ahad tu aku dah bangun takut terlambat, bila dah sedar duk mamai jap pastu golek2 atas katil, duk mamai balik agak2 pukul 4.30 pagi baru betol-betol bangun terus gi mandi. Selesai bersiap dalam pukul 5.10 pagi dengan barang-barang yang perlu dibawa seperti :

- Head lamp
- Waterproof bag
- Kasut getah
- jajan sikit dan air minum
- Kamera baling anjing (with waterproof casing)

1625759_770022873026008_413357782_n

1620533_770018823026413_1496923289_n

IMG_2129

IMG_2127

Then terus gerak gi LRT Gombak ambil Ibu Marlina , sbnrnye aku memang tak kenal siapa Ibu Marlina . Ambil Ibu ni pun disebabkan rakan yang suruh ambil sebab ibu Marlina takde kenderaan. Pada awalnya hati seperti hmmm hmmm sebab tak kenal orang yang kita akan amik. hehehehe.. Tapi selepas kenal Ibu Marlina jadi mcm dah pernah jumpa sebelum ni. Ibu Marlina lak asik sungguh bercerita dan aku lak jawab apa yang patut, almaklum la aku ni pemalu orangnya.. :p . Nasib baik Ibu Marlina gigih mneceriakan keadaan dalam perjalanan menuju ke Hutan Lipur Batu Maloi. kekekeke

Mengikut GPS dan Google map perjalanan mengambil masa dekat 2 jam untuk sampai ke destinasi dari rumah aku.

" Katakan korang dari keramat kalo mengikut perjalanan aku hari tu aku akan menuju ke Highway KL-Seremban lebih kurang 13km , setelah masuk highway korang straight je la sebab dalam masa tu korang ada lagi 96km untuk masuk ke persimpangan Ampat , persimpangan Ampat ini selepas simpang padas linggi . Lepas korang masuk simpang Ampat tu lepas tol belok kiri dan terus je kiranya menuju ke Jalan Seremban - Tampin. Lepas dalam 6 km belok kiri menuju ke Jalan tampin - Gemas. Lepas tu yang aku tau dah mcm blur jap sebab lalu dalam town, yang aku cuma mampu teruskan je di pandu arah oleh Ibu Marlina even Ibu pon blur2 kadang2 tu jalanye..kekekeke..Tapi part yang paling dan perlu berhati-hati agak dah rasa nak sampai cuba check sebelah kiri tengok sign Batu Maloi , kalo orang yang tak biasa memang akan terlepas terus je. Untuk ke Hutan Lipur Batu Maloi akan melalui Kampung Air Mawang dan pastikan tengok sebelah kiri je sebab pintu gerbang Air Mawang agak tersorok dalam sikit , ia tak berada di tepi jalan . Tapi kalo rasa dah sesat dan penin lalat lebih senang tanya la orang kat situ, tau la dorg"

Selepas pintu gerbang Air Mawang tu pon kira boleh tahan perjalanan ke Hutan Lipur Batu Maloi, korang terus je la (rasanye) sampai nampak pintu pagar pastu ada kolam memang dah sah la tu Hutan Lipur Batu Maloi.

Pukul 7:38 pagi kitorg sampai situ dan nampak 4 buah kereta yang sampai lebih awal. Lepas parking aku ngn Ibu menuju terus ke basecamp untuk pendaftaran. Pendaftaran buka pukul 7:45 pagi sehingga pukul 9 lebih sebab pukul 10 pagi semua berkumpul untuk mula meneroka gua Batu Maloi.

IMG_2123

IMG_2134

IMG_2132


Sebelum kami bergerak menuju ke Gua , Mohd Nazri dan Ibu marlina memberi beberapa penerangan mengenai Gua Batu Maloi dan keselamatan yang perlu diambil kira. Setiap orang di bahagikan kepada 4 kumpulan dan setiap kumpulan seramai 25 orang dan aku bersama grup 1 yang havoc dan sporting habis giler, syok giler ngn grup kepala-kepala tak betol ni.

1689337_693230214050143_937228668_n

62356_693230570716774_1423814822_n

Sebelum sampai ke Gua Batu Maloi kita akan melalui Hutan simpan GunungTampin dimana ia bersempadan dalam kawasan Hutan Simpan Kg. Tangai dalam daerah Tampin dan Hutan Simpan Rembau walaubagaimanapun dalam perjalanan tu akan dpt korg nikmati kehijauan hutan, merentasi sungai dan keadaan sangat relaxing. Gua Batu Maloi ini apa yang aku ingat dikategorikan Gua Granite dan ia dinamakan sempena Batu Maloi dan Maloi ni pula adalah nama salah seorang Ketua Orang Asli.

1509927_770022186359410_2143560662_n

1618432_770021883026107_33357289_n

IMG_2135

IMG_2146

IMG_2142

IMG_2140

IMG_2139


IMG_2195

IMG_2194

IMG_2191

IMG_2181

IMG_2177

IMG_2170

IMG_2169

IMG_2166

IMG_2164

IMG_2163

IMG_2161

IMG_2154

IMG_2152

IMG_2149

IMG_2147

IMG_2145


Merentas gua ni memang agak challenge dan quite perilous lebih2 lagi dalam gelap tapi really amazing dengan granite formationnya. Dari apa yang aku amati mengikut mata kasar orang biasa gua batu Maloi ini dari gabungan dan himpitan batu-batu besar dan ruang-ruang batu yang tidak terhimpit menjadikan ia sebuah gua. Walaupon meneroka adakalanya agak payah but suma tu hilang bila korg melalui small waterfall yang terdapat kat dalam dan dim sunlight yang masuk celah2 batu iaitu ray of light, kalo shoot gambar memang cun..

IMG_2208

IMG_2206

IMG_2205

IMG_2204

IMG_2199

IMG_2198

IMG_2197


Just imagine meneroka dengan merangkak masuk lubang kecil nasib baik muat, menyelit kat laluan sempit pon nasib baik muat , meredah air yg agak dalam jugak lebih kurang paras leher aku (ikot ketinggian masing2, hehehehe) , dengan amfibia2 dan kelawar menjadi peneman, ini yang menjadikan the most fun filled caving activities. Not advisable kalo pegi sendiri, better ada guide bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

67847_770022969692665_2094338167_n

1176388_693230837383414_1278473191_n

1660535_693230104050154_2036310580_n

1656426_693231017383396_1446624122_n

1545714_693230977383400_813099796_n

Gua Maloi ada 24 checkpoint dan aku tak berapa pasti checkpointnya mana , cuma aku ingat beberapa sahaja seperti check point kolam, kapal, buddha,tempayan hmmmmm itu je yg aku ingat. Lebih kurang 4 jam meneroka gua pergi balik.


1545654_693230520716779_224619526_n

1013182_693230360716795_328070473_n

1535061_693230264050138_1359320409_n

There is 2 option, perlu atau tak perlu membawa bag . Kalo bawa bag agak melecehkan sebab bila melalui tempat sempit menggangu sedikit kelancaran untuk menyusup tetapi bila bawa bag boleh bawa makanan. Untuk pengalaman aku lak time ni, masa rehat sekejap je jadi seperti tak perlu bawa makan better body free. Lagipon bila dah lalu kawasan berair tak terasa penat sangat. Tapi bila body free jangan lupa lak bawa kamera sangat rugi bila aktiviti tak bawa kamera , itupon sekiranya ada. Kasut yang selesa untuk pakai sudah tentu kasut getah RM10 tu atau yang seumpama dengannya.

IMG_2210

IMG_2209

Lebih kurang pukul 1 lebih petang kami dah menuju perjalanan ke base camp untuk lunch , perot pon dah mula berkeroncong time ni la masing2 laju je menuju ke tempat makan. Habis je makan gi bersihkan diri sebelum ramai orang nak guna bilik air lak.

IMG_2130

Lebih kurang dalam pukul 3 petang, lepas masing2 dah menyiapkan diri, kitorg suma berkumpul di pondok dewan untuk penyampaian sijil dan cabutan bertuah. Menghampakan no aku tak bertuah.. huhuhu
Walalupon peserta seramai 100 orang, penganjur masih dapat mengawal dengan baik.

Maka selepas berakhirnya cabutan bertuah.. happily ever after...



*some photos credit to Mariam yahaya





0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...