Welcome to Sharil Routh Blog

Blog Notty by Nature Life - Chapter 2 ini adalah kesinambungan daripada Notty by Nature Life - Chapter 1 (https://sharilrouth.blogspot.com/)

Kebanyakkan info yang dikongsikan di blog ini mengenai aktiviti outdoor dan tour yang mungkin boleh membantu serba sedikit untuk planning korang di masa akan datang. Insyaallah...
KOREA BUDGET TRAVEL memberi perkhidmatan yang berbaloi untuk sesiapa yang ingin melancong ke Korea. Lawatilah page KOREA BUDGET TRAVEL untuk mendapatkan informasi lanjut budget trip ini. Boleh juga email ke hanziskandar@yahoo.com / hanziskandar@hotmail.com

Saturday 26 January 2013

BIKE CAMPING : Bukit Beruntung ---> Sungai Sendat




Pagi 26hb Januari 2013 ni malas lak rasa nak bangun awal , disebabkan bike camping ke sungai Sendat kena gagahkan diri untuk bangun kalo tak tertinggal nanti.
Seperti biasa kalo event kayuh ni lepas Subuh dah terus gerak dengan nak mencari lokasi pertemuannya, kalo jumpa terus takpe kalo lambat jumpa berpusing2 la jawabnya.
Starting point untuk bike camping di kedai Jiwa Basikal , Bukit Beruntung dan event ni adalah anjuran Det-C. Sangat berterima kasih kat GPS yang menjadi pemandu arah untuk aku ke Kedai Basikal tu kalo tak lambat la sampai . Sampai2 je agak tergamam jap dengan melihat khemah dan ramai pengayuh MTB dan Road bike yang turut serta dan macam acara besar2an lak padahal cuma group event je. Yang pure Touring cyclist adalah dalam 10 - 13 orang tak silap. 


Disebabkan kelaparan terus aku menuju ke meja makan nasi lemak yang dihidangkan . 





Ini antara Touring cyclist yang asal ke Sungai Sendat.





Pak Syaaban pengayuh terunggul dan tegar.




Lebih kurang pukul 9 pagi kayuh dimulakan seramai yang agak ramai orang turut serta kayuh sekali menuju ke Sungai Sendat. Masing2 laju je kayuh sebab tak bawa apa2 barang seperti kami yang akan berkhemah di Sungai Sendat.



Selepas dalam 20 km berkayuh kami berehat sebentar menati rakan2 yang tertinggal di belakang untuk regroup semula sebelum memulakan kayuhan semula. Waktu ni cuaca panas berdengkang ditambah dengan keberatan di belakang basikal agak mencungap jugak kayuh , mana taknya dah berapa bulan tak kayuh tup tup terus kayuh gi Sungai Sendat sarat dengan barang, nasib baik ada penutup mulut dapat gak cover cungap tu. :p
















Sedang2 elok je dalam pukul 12 tghari kami sampai di jalan masuk ke Sungai Sendat. Fuh.. time ni terasa amat lega sikit lepak di bawah rimbunan pokok-pokok yang redup. 
Kami sambung kayuh sampai betol-betol di area Sungai dan tapak perkhemahan, di situ makanan tengahari disediakan dan lepas tu bersiap pasang khemah sebelum apa-apa terjadi seperti hujan. Meriah time ni tengok masing-masing dok pasang khemah, lama tak bercamping camni di tepi sungai terasa di zaman sekolah pulak.


Siap je pasang khemah apalagi terjun aku dengan labu2 ke sungai yang segan hidop mati tak mahu. Kurang stim lak mandi tempat cetek.



Makanan time ni di masak oleh chef Amran yang sememangnya tak dapat di sangkal lagi kehebatannnya memasak iaitu Ikan Patin masak tempoyak, Kerabu x ingat lak namanya etc. Aku lak...... tolong la potong2 apa yang patut hehehehe...




Muka masing-masing yang kelaparan selepas penat berkayuh.









Malam lak acara panggang ayam, tak sempat hadam makanan petang tadi ditambah pula ngn ayam, one pack la perut aku jadinya camni.









Keesokkan harinya kami sudah bersiap sedia untuk sambung kayuhan pulang semula ke starting point.

















Jarak Kayuhan pergi balik lebih kurang 70+++km. Kos untuk kayuhan ini termasuk makan dan bermalam ialah RM1 untuk bayaran masuk, RM5 tapak khemah dan RM30 untuk makanan.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...