Lebih kurang pukul 2:30 pagi aku terjaga untuk bersiap ke Gopeng Perak, dalam menuju ke sana aku amik member kat Sunway Mentari sebab kitorg pegi berdua je untuk trip kali ini. Alhamdulillah takde masalah yang berlaku sepanjang planning trip ni.
Aku menggunakan agen Oxbold utk trip ni iaitu White Water Rafting kat Sungai Kampar . Nasib baik minimum 2 orang boleh proceed kalo tidak memang tak dapat la merasa, kitorg gi berdua je ikut mana yang ada dan proceed je, kalo buat reramai takut akan sentiasa pending dan akhirnye tak menjadi. Sekarang ni mana yang jadi jalan je walaupon 2 orang tapi tengok jenis trip la.
Waktu search kat internet banyak tempat yang menawarkan khidmat rafting tapi akhirnya aku pilih oxbold sebabnya agen ni tak banyak songeh mcm agen2 lain, nak suruh isi online booking la itu la ini la, lambat dan leceh. Oxbold ni bagi je email tak sampai sehari dia dah reply memang cepat.
Asalnya pakej trip kitorg ni White Water Rafting dan Rafflesia Trek tapi disebabkan Rafflesia trek memerlukan min 10 orang terpaksa diganti dengan
a) Pinnacle Adventure High Ropes Course
b) Abseiling with Leap of Faith atau
c) Rock Climbing and Belaying tapi aku memilih Rock Climbing yang dah lama aku nak cuba dan member aku terpaksa follow. hehehehe...Pakej yang kami amik jumlah semua ialah RM259
Activity package : Whitewater Rafting + Rock Climbing – RM200 per person
Accomodation : Tree House (Twin Sharing) - RM35 per person
Meal :
Breakfast RM5 per person
Lunch RM10 per person
Insurance : RM30 per person
Kalau nak diikutkan pakej untuk White Water Rafting dan Rock Climbing RM220 tapi kesilapan yang berlaku oleh agen diorg just bagi RM200 kira untung RM20 la kat situ.
Selepas membuat pembayaran penuh dan confirmation oxbold akan email full detail coordinator yang akan handle kitorg.
Nomad Adventure adalah coordinator tesebut , ingatkan oxbold ni yang akan handle tapi ia cuma agen sahaja. So untuk akan datang aku memang direct je ngn Nomad Adventure ni sebab pakej akan jadi lebih murah.
Details Nomad Adventure
Address 525, Jalan 17/13, 46400 Petaling Jaya , Malaysia
Tel: | +6(03) 7958 5152 |
Fax: | +6(03) 7958 1710 |
Contingency: | +6(016) 202 1936 +6(016) 201 1219 +6(016) 336 5736 |
Website: | www.nomadadventure.com |
Gerak dari Sunway lepas amik member dalam pukul 5 pagi terus menuju ke Gopeng dalam perjalanan tu singgah R&R Tapah jap solat subuh pastu sambung drive ke Gopeng. Lebih kurang pukul 7 pagi kitorg dah sampai awal sangat la pulak sebab kitorg punya aktiviti start pukul 9 pagi. Jadi kitorg pon menunggu je la sambil jalan2 kawasan sekitar dulu.
Nomad Adventure ni terletak di Earth Camp nak ke sini senang je lepas Tol Gopeng belok ke kiri, lepas 4.5km tengok signboard BESAR gua tempurung (situ ada 2 jenis signboard 1: singboard mcm jalan 2: signboar ada gambar gua tempurung jadi tengok signboard yang besar ada gambar gua tempurung) lepas tu lebih kurang 3.5km jalan je terus menuju ke parking kat Gua tempurung dan korg akan nampak jalan offroad berpasir sepanjang . Lepas 700m korg akan nampak Earth Camp signboard dan belok kanan (berdekatan dengan cow shed) , lepas 800m pulak korg akan nampak signboard Earth Camp dan belok kiri berdekatan dengan pond. Lepas tu 500m jalan je terus sampai nampak Earth Camp .
Ni adalah stor di Earth Camp memang kemas dan teratur kalo nak tau dorg mempunyai ISO 9001: 2008, setiap peralatan dorg dijamin selamat sebab peralatan dorg diaudit untuk memastika keselamatan pengguna dan untuk mendapatkan ISO.
Lama jugak menunggu untuk rafting sebabnya kitorg dimasukkan bersama group dari KL yang sampai pukul 10 lebih, dan kitorg satu bot dengan pasangan suami isteri ni yang kitorg cuma tau nama laki tu zul sahaja. Agak2 suma dah sampai kitorg get ready amik life jacket dan helmet dan naik lori untuk meuju ke destinasi di starting point Paip besar Jambatan Gantung Kuala Jerangat. Lebih kurang 30 jam jugak perjalanan dari Earth Camp ke Starting Point sebabnye jalan kampung ni kecik dan muat untuk satu kenderaan jadi kena sentiasa berwaspada.
Instructor mulakan dengan water confident dulu supaya yakin bila jatuh dr bot nanti tak gabra lepas tu baru explain arahan yang perlu tau bila sesuatu keadaan tu berlaku. Bagi aku sini tak membuang masa dengan introduction, kalo setengah tempat ni introduction je dh panjang lebar ambil masa sejam lebih, letih menunggu. Tapi kebaikan bagi yang beginner untuk keselamatan dalam air nanti. Bagi aku yang dah kali ke-4 rafting termasuk ini, kalo introduction panjang lebar memang agak bosan.
Time ni memang nasib kitorg baik sebab semalamnya hujan lebat dan time ni air agak deras tak silap level 3 , perjalanan rafting tu memang lancar dan syok dengan air yang laju dan tak tersekat2 dek batu.
Ini resting point kitorg selama mengharungi beberapa rapid yang aku sendiri tak terhafal namanya yang aku cuma ingat Rapid Jeram dan Rapid Rodeo je tak silap aku.
Jarak perjalanan rafting ni lebih kurang 7.5 km dalam masa 2 jam lebih tanpa ada sebarang masalah dan halangan, alhamdulillah. Ditambah dengan hujan time tu air pon berpusu-pusu tolak bot rafting ni. Scenery sini memang lawa boleh nampak gua tempurung dari sungai ni. Kalo sesapa yang minat mancing kawasan ni memang sesuai utk pemancing jugak. Tapi dari segi charge ke kebenaran aku tak sure macamana.
Sememangnya kalo lepas rafting kelaparan yang amat sangat. Pakej rafting ni biasanye dimasukkan sekali dengan lunch. Kebetulan time ni hujan aktiviti kitorg lepas lunch iaitu Rock Climbing terpaksa replace esok, nasib baik tido sini time ni kalo tak terpaksa ikot group lain gi Pinnacle Adventure High Ropes Course. Apalagi kitorg gi check in dulu la dan mandi2 untuk guna backup plan iaitu gi Gua Tempurung, dalam pakej takde kiranya ni pegi sendiri la.
Ini lah Tree House kat Earth Camp ni, kalo sekali dengan pakej dapat RM35 per pax, kalo Tree House sahaj RM55 tapi melalui Oxbold kalo direct Nomad Adventure tak pasti berapa. Asalnye Satu Tree House kitorg berdua tapi disebabkan banyak kosong dorg bagi satu Tree House sorang, memang untung.
Waktu gi Gua Tempurung dah nak dekat pukul 4 petang jadi kitorg sempat amik level 1 punya lawatan iaitu Grand Fellowstone RM6 untuk bayaran masuk. Time masuk ada la beberapa orang lain lagi yang turut serta. Perjalanan dalam ni pon tak lama sangat ada la dalam 15 - 30 minit untuk Grand Fellowstone. Kagum aku jap bila masuk gua ni, ye la kan first time masuk gua camni sebelum gua biasa je yang dok merangkak dalam air kat Taman Negara sebelum ni. Gua ni memang luas , besar dan tinggi, lenguh gak naik turun tangga , lebih2 lagi time tu baru rafting.
Esoknye pukul 9 pagi kitorg dah bersiap sedia untuk Rock Climbing, kawasan rock Climbing sama tempat kat Pinnacle Adventure High Ropes Course.
Mula-mula sekali Bro Andy guide kitorg bagi cuba Abseiling dulu yang setinggi 20m je, pada awalnya cuak gak sebab tak penah cuba tapi keyakinan guide buat aku pon yakin.
Lepas Abseiling , time ni la bermulanye rock climbing. Selama ni asik cuba wall climbing je , ini la peluang nak cuba panjat batu yang sebenar. Kat sini ada 4 level yang aku perasan iaitu
i) Level 1 - Easy
ii) Level 2 - Intermediate
iii) Level 3 - Hard
iv) Level 4 - Super Hard
Aku sempat dan larat cuba 3 level iaitu Level 1 dan Level 2 tapi untuk Level 4 aku cuma sampai separuh jalan sebab time ni tangan dah ketat ditambah batu yang tajam time pegang sampai luka gak tapi sikit la , walaupon sikit disebabkan nak climbing ni menggunakan tenaga tangan agak sakit jugak time ni , first time katakan. Tapi bila dah turun rasa tak puas hati lak tak dapat habiskan panjat, mungkin lain kali. Untuk Level 3 tu lak batunye tinggi , time ni memang tak cuba sebab dah tak larat tangan nak pegang batu, kena train tangan dulu dan akan datang cuba balik.
Yang ni la Level Super Hard, yang menjadikan ia susah sbb ada gap tu yang menjadikan sukar nak panjat ke atas, ingatkan boleh la jadi orang ke-4 sampai rupanya hancur musnah harapan. hahaha...
Yang ni kiranya level 2, tak susah mana cuma peringkat awal tu batu tu agak condong sikit ditambah tangan dah penat panjat batu yang sebelum ni. Tapi still dapat panjat sampai ke atas.
Ini la guide kitorg sepanjang kat sini iaitu Bro Andy atau nama penuhnya Rizal Azuan, really helpful and friendly guy dan sabar melayan kerenah kitorg. hehehe..
wow
ReplyDelete:)
DeleteKampung sy di kampar tapi takpernah tahu pon yang kat sini ada aktiviti ni..sangat berminat nak pergi.thanks for the info encik sharil!
ReplyDeletesama2..
ReplyDelete