KOREA BUDGET TRAVEL memberi perkhidmatan yang berbaloi untuk sesiapa yang ingin melancong ke Korea. Lawatilah page KOREA BUDGET TRAVEL untuk mendapatkan informasi lanjut budget trip ini. Boleh juga email ke hanziskandar@yahoo.com / hanziskandar@hotmail.com

Monday, 31 December 2012

GUNUNG DATUK @ DATUK MOUNTAIN


Gunung Datuk Terletak di Kampung Batang Nyamor, Gadung , lebih kurang 21km dari Bandar Rembau Negeri Sembilan dan 15km dari Tampin.  Puncak gunung ni terdiri daripada batu-batu yang besar dan pernah digunakan oleh Dato Perpateh Nan Sebatang untuk mengumpulkan Ketua-Ketua Adat bagi mengumumkan Dao Lembaga yang baru pada 1372.

 IMG_8599

Aku gerak dari Kuala Lumpur ke Gunung Datuk lebih kurang pukul 6:45 pagi dan melalui KL-Seremban Highway. Untuk ke Gunung Datuk dari Highway KL- Seremban ni masuk ke simpang Pedas/Linggi , akan ada signboard untuk ke Gunung Datuk. Dari simpang untuk masuk ke Gunung Datuk agak jauh ke dalam , kami sampai lebih kurang pukul 9 lebih mulanya rasa macam dah lewat je nak hiking ke atas tapi ada yang baru sampai dan lebih lewat daripada kami. Sebelum panjat kena bayar fee dan tulis nama di kaunter, feenya seingat aku RM5.
IMG_8693


IMG_8604IMG_8603


IMG_8605

 Laluan pertama akan melalui jambatan merentas sungai , aku pun tak pasti nak katakan ini sungai ke atau kawasan air terjun.

IMG_8607


Awal2 pendakian memang rilek je , jalan masih mendatar lagi bernafas pun masih sempat lepas dalam 700m dah mula dengan pendakian yang agak tinggi bagi aku yang bukan tiap2 minggu hiking agak mencungap dan tak sempat bernafas panjat.

IMG_8613IMG_8616

IMG_8610IMG_8611

Tapi Alhamdulillah time ni tak lecak dan cuaca pun dalam keadaan sedap2 walaupon keletihan yang amat dan kadang2 tak amat ikut mental.

IMG_8619

IMG_8623

IMG_8631

IMG_8632

Aku bersama sorang lagi kawan agak mental panjat gunung walaupon 2000m je, tapi bila tengokkan ramai jugak yang hiking sekali time ni rasa agak lega sikit lebih2 lagi bila rasa tercabar tengok budak2 naik dengan rilek je. Dari pukul 10 pagi start naik then dah jumpa satu batu besar time ni dah mula rasa sgt lega sebab aku tau dah nak sampai time ni lebih kurang pukul 11 pagi. Boleh tahan cepat gak aku hiking.

IMG_8634

Akhirnya sampai di dataran puncak yang belum betol2 puncak lagi sebenarnya, time aku menunggu member untuk naik sekali tempat yang paling puncak yang kena panjat batu-batu besar, kat batu-batu ni dah disediakan tangga untuk memudahkan pendaki panjat ke atas.

IMG_8637

IMG_8642

Ini dah kira puncak atas sekali time ni 

IMG_8645

IMG_8646

IMG_8648

IMG_8658

IMG_8649

Lebih kurang 2 stage untuk panjat batu-batu besar ni.

IMG_8663

IMG_8664IMG_8666

IMG_8673

IMG_8667

Waktu menuruni tangga ni kena berhati-hati walaupun ada tali yang mengikat tangga ni dan batu tapi kalau tersilap langkah waktu memijak tangga ni boleh jatuh.

IMG_8677


Kami pun tak lama kat atas lepas puas menikmati keindahan Tuhan kami pun turun balik ke bawah. Mendaki mengambil masa 1 jam setengah itu time menurun lak lebih kurang sejam memang cuba selaju yang mungkin . Sampai kat base dalam pukul 12 lebih tengahari dan kami terus menuju ke Warung makan yang berdekatan situ.
IMG_8678

IMG_8679

IMG_8684

IMG_8682

IMG_8694


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...