KOREA BUDGET TRAVEL memberi perkhidmatan yang berbaloi untuk sesiapa yang ingin melancong ke Korea. Lawatilah page KOREA BUDGET TRAVEL untuk mendapatkan informasi lanjut budget trip ini. Boleh juga email ke hanziskandar@yahoo.com / hanziskandar@hotmail.com

Sunday 9 December 2012

Bukittinggi , Indonesia




Kota Bukit Tinggi atau Bukit Tinggi ialah salah satu bandar terbesar di provinsi Sumatera BaratIndonesia, dengan jumlah penduduk sekitar 100 ribu orang dan kawasan seluas 25.24 km². Ia terletak di kawasan tanah pergunungan di Minangkabau dan berada 90 km dari Kota Padang, ibu kota provinsi Sumatera Barat. Gunung berapi yang terdekat adalahGunung Singgalang (tidak aktif) dan Gunung Marapi (masih aktif). Pada masa penjajahan Belanda, bandar Bukittinggi dikenali sebagai Fort de Kock.

Bukit Tinggi berada di 909 – 941 meter atas dasar laut dan memiliki iklim yang dingin dengan suhu berkisar antara 16 – 24 °C.


Bukittinggi merupakan sebuah bandar yang sering dikunjungi pelancong disebabkan iklim dan lokasinya yang agak mudah untuk dikunjungi. Tempat-tempat pelancongan yang ada di situ termasuk:
(Dipetik daripada Wikipedia disebabkan kemalasan ingin memikirkan introduksi, hehehe)


Day 1


Penerbangan dari Malaysia ke Airport Minangkabau yang terletak di Padang, Sumatera Barat memakan masa lebih kurang 55 minit . Tak sempat tido tau2 je dah sampai Padang dah.
Akhirnya sampai jugak aku di Bumi Indonesia , kiranya dalam target list trip aku sudah boleh di tanda untuk destinasi ni. Asalnya tak terfikir nak pergi tapi ajakan daripada makcik dan memang nak cuba jejak ke sini , fikir2 balik pergi je la walaupun rasanya macam akan gigit jari kehabisan duit sebaik pulang dari Indonesia nanti. hehehe.. dan jarak masa antara Malaysia dan Indonesia ialah di Indonesia waktunya awal sejam.

Sesampai je kat airport Tourist Guide iaitu Mohd Anthony sudah menunggu di area ketibaan, terus angkut barang dan naik ke dalam bas. Waktu mula-mula sampai di airport kitorg terus di sapa oleh orang-orang yang bekerja di airport untuk 'menolong' angkat barang tapi hakikatnya kalau mereka mengangkat barang yang pasti korang kena bayar dorg, di tempat amik beg2 luggage takkan ada troli untuk korg letak barang dan tolak ke luar, jadi ini lah peluang dorg untuk amikkan troli tu dari luar dan akhirnya akan dibayar upah berbanding di Malaysia Troli akan sentiasa ada di setiap tempat beg2 sampai. Kalau rasa bermurah hati dan banyak duit boleh la guna khidmat dorang.

Bas agent terus membawa kami ke Hotel di Bukit Tinggi, dari Airport Minangkabau Padang ke Bukit Tinggi memakan masa lebih kurang 2 jam dan sepanjang perjalanan ke Bukit tinggi memang meriah dengan sawah padi dan kolam ikan, totally peaceful dan kawasan situ puan tak panas dan tak sejuk sangat kira nyaman .

Kami menginap di Bunda Hotel dan terus berehat sampai ke makan malam, kami sampai time pukul 2:30-3:00 petang lebih kurang pastu dari padang ke Bukit Tinggi dalam pukul 5 petang lebih. Sini dah mula dan waktu maghrib dalam pukul 6 lebih petang.

Bunda Hotel (Bernuansa Muslim)
Jl. Panorama No. 6 ,
Bukit Tinggi,
West Sumatera Indonesia
Tel : (0752) 627455, 627355

IMG_0971




















Kami dibawa makan ke Restoran Sederhana, lauk yang dihidang banyak adalah dalam 12-13 lauk tapi setiap lauk sikit je portionnya tapi apa pon memang kembung makan lebih2 lagi masing2 kelaparan lepas turun kapal terbang.

IMG_0977 

Di restoran ni aku cuba air baru yang takde kat Malaysia iaitu Air Avocado sangat fresh dan pekat airnya , rasanya boleh tahan sedap gak.



Day 2

Awal pagi di hari kedua lepas sarapan di hotel kami dibawa ke kedai sulaman senang kata tempat untuk orang perempuan mencari telekung, kain-kain, tudung dsb. Tiga kedai jugak la dibawanya kami time ni .

IMG_8046IMG_0992

IMG_0993IMG_1014

IMG_1004

IMG_8070IMG_8072

IMG_0990

IMG_8068

IMG_8063

IMG_8059

IMG_8052

IMG_8273

IMG_8277IMG_8280



Lepas shopping tengaharinya kami dibawa makan ke Restoran Family Benteng Indah, takde beza cara hidangan nya 12-13 lauk dihidang dengan portion yang sedikit setiap lauk. Lauk dagingnya agak tak berapa sedap sebab dagingnya liat.

IMG_8148IMG_8150

Ini adalah kawasan Tasik Singgalang dimana terdapat Gunung Singgalang juga disini. Ikan masin (rasa tak masin pun) agak terkenal di sini, ikan ni dijual ikut kilo Rp60000 /kg memang banyak kalo 1 kg , tp aku cuma beli setengah kilo je. Ikan masin ni tak yah goreng pon boleh terus makan cmtu je.

IMG_8128

IMG_8120

Time kitorg menikmati pemandangan Tasik Singgalang ni tiba2 pulak ada bot datang menuju ke arah kami untuk bawa kami tour satu tasik ni dengan bayaran Rp 10000 sekepala. Dah alang2 kitorg naik la bot ni melihat2 sekitar kawasan , airnye boleh dikatakan cantik dan agak jernih tapi tak lah jernih sangat sampai boleh nampak dasar. Sini juga ada bot kayuh kalo rasa nak mengayuh atas air.

IMG_8106

IMG_8098

Lebih kurang setengah jam kami di bawa pusing tasik Singgalang tu kami naik bas dan menuju ke Istano Basa Pagaruyung. Time kami datang kebetulan dorg tengah renovate jadi tak dapat masuk ke dalam Istana ni cuma ambil gambar je.

IMG_8165


IMG_8161

IMG_8157

IMG_0996

Malamnya kami berdinner di Rumah Makan Gulai Kapau. Sesampai je kami di Rumah Makan ni ramai peniaga kain sudah bersedia di luar pintu masak menanti pembeli, mereka memang mengharapkan pelancong untuk menambahkan pendapatan mereka sebab ini sahajalah mata pencarian, kalau takde pelancong agak susah hidup mereka. Kalau kaum hawa dah nampak kain-kain ni makan pun memang lupa la. hehehe

IMG_1075

IMG_1087IMG_8429

IMG_1077

DAY 3
Hari ketiga seperti biasa lagi lepas sarapan kitorg dibawa lagi ke kedai kain, memang meriah la lagi kaum2 hawa ni menikmati kain-kain yang ada. Yang aku lak dah letih nak masuk kedai kain, tak larat nak mengikutnya jadi lepak-lepak la kat luar menunggu kaum hawa. Bila beli kain-kain ni pandai2 la minta tawar menawar. Apa yang aku nampak pekedai kain ni, kalau orang tak ramai masih boleh runding harga hingga harga yang murah giler tp bila dah mula ramai orang mula la nampak eksyen nye tak bagi harga kurang.

IMG_1097

Pondok Flora adalah tempat makan tengahari lepas shopping, kawasan makan ni memang sangat menarik dikelilingi sawah padi dan di atas kolam ikan, memang rasa aman dan selesa makan sini. Air kelapa yang aku order sini Rp10,000.

IMG_8210

IMG_8206

IMG_8200


IMG_8185IMG_8186


IMG_1094

IMG_1092

Sepanjang perjalanan ni rasa tenang dengan tiada kesesakan dan keindahan sawah padi ni. Time ni kami menuju ke Tasik Meninjau, sebelum menuju ke atas kami singgah di kedai Cendol Labu.

IMG_8222

IMG_8241IMG_8242

IMG_8237
" Ini lah pokok Avocado, berlambak tumbuh kat area bukit tinggi"


IMG_8260


Inilah kawasan pemandangan Tasik Meninjau (aku harap betol ejaannya yang aku dengar) , sini takda apa sangat melainkan melihat pemandangan tasik ni dan menambah pendapatan peniaga2 di sini. Fridge magnet aku beli disini berharga Rp 30000 2 unit. Ada replika basikal yang dijual disini dengan harga RM55 tapi aku beli di hadapan hotel tempat aku menginap dengan harga RM38 lebih kurang Rp1200/unit. Dari bawah untuk naik ke atas tempat tasik Meninjau ni lebih kurang sejam dengan jalan yang berbelok2.

IMG_8249

IMG_8247

Malam hari ke-3 ni kami makan pecel lele di Simpang President, Pecel lele di sini agak kering sebabnya tiada kuah hanya makan nasi dan lauk (ikan sembilang dan ayam) semata2. Agak menelan2 gak kami time ni,     air buah sini memang fresh dan pelbagai jenis yang ada.

IMG_1102

IMG_1100

IMG_1105
" Air Warlot Nenen = Karot Susu"

Day 4

Pagi hari keempat kami dah packing barang dan akan menuju ke Hotel di Padang , dalam perjalanan menuju ke Padang kami singgah di kedai lempeng Bika Talago, bila aku pergi dibahagian belakang kedai ni, terdapat kolam ikan yang sangat besar dan pemandangan gunung yang cantik sekali..

IMG_8397

IMG_8410

IMG_8407

IMG_8398

Pusat Dokumentasi dan Informasi Kebudayaan Minangkabau destinasi selepas memakan lempeng yang enak , di sini kami diberikan penerangan mengenai masyarakat minangkabau.

IMG_8422

IMG_8420

IMG_8417

IMG_8412


Makan tengahari kami Rumah Makan Lamun Ombak, 

IMG_8427



Terdapat satu kedai yang femes dengan pisang salai iaitu di Kiniko, selain pisang salai ada jugak kerepek2 dan kuih2 lain yang dijual.

Kiniko Industri Pasca Panen Pedesaan
Jl. Raya Batusangkar-Bukittinggi KM 16 Tabek Patah
Kec. Salimpaung kab. Tanah Datar.

Rina Aziz
HP :0183 63392442
Email : kiniko_food@yahoo.com
rinaaziz61@yahoo.co.id

IMG_1062IMG_1066

IMG_1051IMG_1056




IMG_1048


IMG_8300

IMG_8291

Jam gadang memang terkenal sebagai simbolik Bukittingi

IMG_8389IMG_8311
IMG_8371IMG_8372

Ini pula adalah Lobang Jepang iaitu jaringan lubang bawah tanah yang digali orang Jepun ketika Perang Dunia II

IMG_8357

IMG_8350

IMG_8331

IMG_8315

Ngarai Sianok (Gaung Sianok)


Ini adalah kawasan pelabuhan sepanjang perjalanan ke Padang.


IMG_1115

IMG_1111

IMG_1108


Di padang kami tinggal di rumah Bunda jugak di kawasan bandar dan berdekatan dengan pasar.

IMG_8308

Malam tu kami makan malam buffet di Rumah Makan Mama Restu, makanan di sini boleh tahan masakannya.

IMG_8439

Mee Sup
IMG_8437IMG_8436

IMG_8432

IMG_8442

Air Timun sini memang sangat sedap , sememangnya aku tak pernah suka timun tapi this one the best.

Day 5

IMG_1116

Ini adalah kawasan bandar di Padang , sini sememangnya agak sesak lebih kurg mcm KL memang memeningkan kalo lepak lama2 kat Padang, lebih selesa di Bukittinggi dengan kawasan yang nyaman dan sejuk.

IMG_8450

IMG_8447

Ini ialah Airport Minangkabau di Padang


P/s:
- Di biasa membayar 'tol' adalah sangat kerap, bermula di airport ke pasar, ke taman, ke tempat lain2 lagi. Segala2nya 'tol'. Rasa duit banyak habiskan kat 'tol2' ni. Tapi dalam hati tu rasa serba salah kalo tak kasi sebab itulah pendapatan dorg.

- Seelokknya bawa RM1 yang banyak untuk diberi atau derma kepada peminta sedekah, budak-budak etc. RM1 tu kira dah besar nilainya bagi dorg.

- Kalo rasa nak kawasan tenang, menginap lama di bukit tinggi berbanding Padang.

- Bagi kaum perempuan bersiap sedia la dengan duit yang banyak sebab akan rambang mata dengan kain-kain, telekung dan pakaian2 di Bukittinggi ni.








0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...