KOREA BUDGET TRAVEL memberi perkhidmatan yang berbaloi untuk sesiapa yang ingin melancong ke Korea. Lawatilah page KOREA BUDGET TRAVEL untuk mendapatkan informasi lanjut budget trip ini. Boleh juga email ke hanziskandar@yahoo.com / hanziskandar@hotmail.com

Sunday 7 September 2014

PULAU REDANG


Orang lain sibuk beraya aku dengan kawan (baha) sibuk nak mencari ketenangan di pulau. hehehehe.. Raya ketiga 30hb Julai 2014 aku ke stesen bas dekat ngn lrt titiwangsa tu , lupa lak nama area tu. Aku ke sana untuk beli tiket bas ke Temerloh sebabnya kawan menunggu di kampungnya di sana . Dan dari Temerloh kitorg menuju ke Kuala Terengganu. Aku menaiki Metrobas Ekspress pada pukul 7 malam dengan harga tiket RM11.30 sehala.
Terasa mcm nak balik kampung, maklum la takde kampung jauh selama ni, yang ada selama ni kampung dekat Kampung Baru  :P .
Selama 2 jam dalam bas tak tau nak buat apa jadi tidur je la. Sampai di Temerloh lebih kurang pukul 8:45 malam dan menunggu la si Baha datang amik aku dekat stesen bas Temerloh. Dalam pukul 9 malam kawan datang terus gi cari kedai makan, memang lapar giler time tu.
Lepas makan je kami terus gerak ke Kuala Terengganu dan dipandu oleh Baha, sian dier .... hehehe

Agak mental la malam-malam drive ke Kuala Terengganu walaupon bukan aku bawa boleh rasa mengantuk ya amat, dan aku fail kalo drive malam. Nasib baik la Baha yang baik hati sanggup drive time tu.
Kami tersampai awal lak kat Marang lebih kurang pukul 3 pagi dan kami berhenti di kawasan rehat yang ntah di mana untuk kami tidur sehingga masuk waktu Subuh. Memang tidur-tidur ayam la time sampai la ke subuh rasa macam tak tidur, alih2 dah dengar azan subuh.

Kami solat dan lepas tu cari kedai makan, kalo dah berada di Terengganu makanya makan nasi dagang pepagi. Lepas makan je kami bertolak ke Kuala Terengganu untuk ke Jeti Shahbandar
Sampai di Jeti tu lebih kurang pukul 8.30 pagi dan kami cari parking , prepare barang untuk ke pulau terus menuju ke kaunter untuk dapatkan tiket feri yang dah dibooking.

Kitorang gunakan perkhidmatan ASMADI Redang Island Service  , (http://asmadipulauredang.com/)  dapat tiket lebih kurang dalam 10 pagi dan terus masuk ke tempat menunggu , pukul 11 feri sampai dan perjalanan dari jeti ke Pulau Redang mengambil masa 1 jam lebih. Aku agak risau time ni sebab aku ni agak mabuk laut jadi lupa nak makan pil mabuk sebelum naik, memang bertahan je la dengan tidur sejam lebih lak tu.

Bila dah sampai kat Pulau Redang memang lega, fuhhh... lupa lak nak bagitau total pakej yang kami amik untuk 3 hari 2 malam RM360 termasuk makan minum, boat, penginapan, snorkelling dan feri. Berbaloi kan....

Sampai je kat Jeti Pulau Redang kami dijemput oleh orang Asmadi dengan menaiki van rupanya ada lagi yang bersama kami iaitu keluarga-keluarga bang Rahmat , memang sporting dorang jadi takde rasa kekok. Kami dibawa ke tempat penginapan Asmadi sebelum kami check in kami lunch dulu dan makanan telah disediakan, tepat pada masanya sebab memang lapar, kata dah tengahari.



Selepas makan kami check in ke bilik dan bilik tu belakang restoran Asmadi, bagi aku penginapan ni walaupon bajet tapi selesa untuk korang inap.
Dapat je bilik kami bersiap untuk ke laut, mandi la apa lagi sambil meninjau mana tau jumpa ikan duyung sesat. Disebabkan sampai pon dah petang kami dibawa ke pantai berdekatan untuk bersnorkelling.

Kalo ikutkan ini kali pertama aku gi Pulau , hahaha jakun kan bunyinya. memang teruja jap tengok sebab dah lama kepingin nak pergi tapi sebelum ni tak berpeluang. Tak sangka emergency trip aku dapat jejakkan kaki aku ke Pulau Redang.

Dengan servis Asmadi ni memang sempoi , xde limit masa mandi korang berbanding ejen lain yang ada limit masa untuk aktiviti. Dengan ASMADI ko mandi la sepuas-puas ko sampai penat dan lecun badan.

Pukul 6 lebih kitorang pon balik ke bilik bersihkan diri , menenangkan diri dan mengenyangkan diri.





Esoknya pukul 8 pagi kami bersarapan dan bersiap untuk ke area-area snorkelling , time ni la pulak mata nak bengkak, sabo je la. Pukul 9 pagi kami ke jeti untuk menaiki speed boat memulakan kesnorkellingan kami. Seriously aku dah lupa nama tempat yang dibawa untuk snorkelling tu, itu la lambat sangat update blog. Time ni kami sempat dibawa dua tempat di tengah laut dan selepas tu kami ke Pantai Teluk Dalam Besar untuk berehat di tepi pantai.





















Last point kami ke Marine Park, disini agak lama kami  berehat dan disini area untuk korang lihat kehidupan laut sepuas-puasnya. Pelbagai kemudahan yang ada kat sini kecuali kedai makan yang buka. Aku nasihatkan kalo korang datang ke Pulau Redang , yang paling penting sekali bawa makanan yang banyak sebab kang bila dah lapar memang berlapar la korang. Macam kami ASMADI sediakan perkhidmatan hantar makanan sekali ke sini jadi kami tak perlu bergegas balik untuk makan tengahari dan kami bersyukur dapat keluarga-keluarga yang satu group ngn kami yang sporting dan baik hati , jamah kami dengan makanan yang dorg bawa. hehehehe... murah rezeki mereka nanti.










Pemandangan kat Marine Park ni memang marbeles, lama gak kami kat sini sampai dah kematu dibuatnya. Pukul 5 petang kami pon balik ke penginapan kami untuk bersihkan diri dan siap makan malam.














Tak banyak benda nak diceritakan sangat bila berada di pulau , melainkan ko gi snorkelling, bersiar-siar dalam laut. Tapi apa yang pasti boleh berehat dan tenangkan diri dari kesibukan kerja.

Untuk perkhidmatan ASMADI bagi aku memang terbaik. Jadi bagi sesapa nak gunakan perkhidmatan semasa berada di Pulau Redang leh ke website dia.


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...