Akhirnya penantian untuk mendaki semula bernafas semula, pada asalnya tak bajet nak daki sebab banyak peralatan takde tapi ajakan Tun Teja aku tak nak lepaskan peluang yang aku cari balik iaitu mendaki gunung. Sebelum tak jumpa kaki jadi stop buat beberapa tahun, bila dah jumpa bila difikirkan aku tak nak lepaskan peluang.
Boleh dikatakan aku follow organisasi WOA atau nama panjangnya Wild Outdoor Adventure iaitu Aktivit Outdoor yang berdaftar. Dikelolakan oleh salah seorang ahlinya iaitu Tun Teja.
Asal tu agak pening gak sebab banyak barang aku takde then beberapa basic list diberi untuk aktiviti hiking ni iaitu :
2x pairs of light clothes
3x undies
1x jacket
2x box of snack bars and or biscuit
1x a camera and its batteries, stuffs
1x box of tea / nescafe (3in1 style)
1x stove and mess~tin
1x headlight
1x parang, safety knife
1x whistle
1x pair glove
1x medkit
1x hammock & sleeping bag
1x fly & ground or tent
1x water bladder and a spare bottle
3x undies
1x jacket
2x box of snack bars and or biscuit
1x a camera and its batteries, stuffs
1x box of tea / nescafe (3in1 style)
1x stove and mess~tin
1x headlight
1x parang, safety knife
1x whistle
1x pair glove
1x medkit
1x hammock & sleeping bag
1x fly & ground or tent
1x water bladder and a spare bottle
Kebetulan sebelum ajakan ni aku ada lepak satu kedai outdoor yang baru buka di Sek 23 bersebelahan Kedai Tart Nasi Ayam dimana situ juga ada jual Burger Bakar. Sana je la aku tuju dan mamat tu aku dah kenal namanye Shudairi Sabri. Barang2 di situ boleh dikatakan murah ditambah lagi dengan orangnya yang really helpful dan peramah, dier memang sedia tolong korg kalo nakkan peralatan.
Click Pictures for Larger view
Kitorg berkumpul dan gerak dari LRT Gombak pada pukul 11 pm menuju ke Masjid Kg Raja. Sampai sana dalam pukul 5 pagi . Dalam perjalanan ke sana gi amik Guide utk hiking ni di Medan Gopeng dahulu iaitu Mizi Belantik. Sampai je sana dah de beberapa kereta yang sampai , masing2 tido di masjid dahulu sementara menunggu waktu subuh dan bersiap untuk hiking.
Aku sempat tido lebih kurang sejam je itupon tido tak tido je. Lepas subuh je kitorg dah ready untuk gerak ke Sekolah Kg Raja sebab dari sana kitorg akan parking kereta dan naik 4WD ke starting point dimana orang panggil Tangga 200.
Di atas ni lah kawasan parking di Sekolah Kg Raja, kebetulan ada jugak group lain yang buat aktiviti sini tapi tak sure hiking ke aktiviti lain.
" 4WD ni yang kami naik menuju ke starting point kat Tangga 200"
Jalan menuju ke tangga 200 melalui kebun2 sayur dan jalannye pon macam ko main rafting kat darat. Lebih kurang pukul 9 pagi kitorg sampai kat starting point iaitu Tangga 200. Apa lagi sampai je kitorg bawa turun beg2 untuk ready hiking ke atas tapi apa pon sebelum tu stretch dulu dan bacaan doa semoga perjalanan lancar.
"Gaya stretching masing2"
Ini la sebabnye mengapa ia dipanggil Tangga 200, kami melalui tangga yang tinggi dan banyak step sehingga longgar lutut, baru naik tangga je dah macam tak leh bernafas belum mula start hiking lagi.
"Masing-masing amik nyawa dulu selepas selesai naik Tangga 200"
Selepas selesai dengan Tangga 200, korang akan melalui titian paip PE yang agak licin dan bahaya kalo silap langkah sebab boleh tersepit dan jatuh dalam air . Tapi alhamdulillah antara kitorg takde perkara buruk berlaku time meniti paip ini.
Panjang jugak nak meniti paip ni, rasa yang ni lagi mencabar daripada hiking.
Click Pictures for Larger view
"Kasut getah ni sangat sesuai digunakan bila hiking"
"Batu menunjukkan yang kitorg berada di sempedan Pahang dan Kelantan"
Selepas meniti laluan paip yang panjang akhirnya sampai di kawasan sungai untuk berehat sementara sambung perjalanan dan menunggu yang lelain. Air sungai sini sejuk dan jernih.
Selepas melalui sungai tu kitorg melalui kawasan terbuka dan stop di cabin terbiar dan akan menuju pulak ke bukit yang berbatu.
"Ini la konon bukit berbatu tu"
Akhirnya selepas 3 jam perjalanan kami sampai jugak di Kem Tudung Periuk. Time kat sini la kami berehat dulu dan masak apa yang patut untuk lunch bagi mengisi perot yang tak berapa nak diisi pagi tadi. Lebih kurang 2 jam kami berehat kat Kem Tudung Periuk ni. Di kawasan Kem ni ada sungai ,jadi kat sini boleh amik air untuk prepare masak. Nak ke sungai tu je boleh tahan jugak mencabar nye.
Akhirnya sampai jugak ke Kem Kasut, time ni pukul 5 lebih pm dan dalam perjalan ke Kem Kasut iaitu Kem terakhir sebelum sampai puncak hujan pulak memang basah kuyup la badan. Yang tak leh tahan ditambah dengan angin lepas hujan dan sejuk menggigil aku dibuatnye. Kitorg berkhemah kat Kem Kasut sebab ada beberapa orang lagi yang tak sampai jadi tak sempat untuk ke puncak hari tu. Beberapa orang lain sampai dalam pukul 8 pm dan keadaan waktu tu dh gelap sangat, nasib baik dorg dtg berkumpulan.
Kat area Kem Kasut ni pon ada Water point , untuk ke sana pon leh tahan mencabar jugak. Disebabkan badan dh kotor, gagahkan diri jugak ke sungai tu , basuh2 kaki dan badan pastu amik air untuk masak malam tu. Nak mandi time tu minta maaf la, sejuk nye sampai ke tulang leh rasa.
Nasib baik la ada kerol yang nak tumpangkan khemahnye kalo tak memang aku mengigil kesejukan tido kat fly and ground malam tu. Even tido khemah pon dah rasa menggigil sejuk ditambah bawah khemah yang basah. Pakai sleeping beg pon meresap. Nak wat cmna last minute planning, akan dtg memang kena beli mat dan khemah untuk dibawa ke hiking seterusnya.
Pagi tu lebih kurang pukul 8 pagi kitorg bersiap untuk gerak ke puncak dan perjalanan ke puncak dari Kem Kasut mengambil masa 1 jam la jugak. Jalan kawasan nak menuju puncak ni memang cantik pokok-pokok berlumutnya.
Lepas puas kami berada di puncak lebih kurang sejam kami turun ke Kem Kasut balik untuk bersiap turun ke starting point balik. Perjalanan turun ke starting point kami lebih kurang 5 jam, laju tak laju la turun. Aku dan beberapa yang lain sampai agak awal sementara menunggu yang lelain kami bercamping kat tempat 4WD bawa kami tu. Memang time ni lapar ya amat lebih2 lagi hujan turun renyai2 dan sejuk lak tu.
Lebih kurang pukul 8 malam suma dah selamat sampai dan berkumpul ke starting point Tangga 200 tu, kebetulan 4WD pon dah sampai dan ready untuk mengangkut kami ke Sekolah Kg Raja. Time ni lak satu 4WD yang datang memang berhimpit la bahagian belakang macam pelarian. Tapi memang pengalaman yang syok.
Guider : Mizi Belantik
Day 1 (Saturday 6/10/12):
7am : re~group at Masjid Kg Raja
9am : move from Tangga 200
10am : arrive at Kabin
1pm : Kem Tudung Periuk
5pm : Kem Tudung Kasut
Day 2 (Sunday 7/10/12)
9 am : Expected to reach Yong Belar peak
10 am : moving down to Kasut camp
10:45 am : Kasut camp
1pm : Tudung periuk camp
3pm : Kabin camp
5 pm : Tangga 200
5 pm : Tangga 200
8 pm : end
VIDEOS
Click Pictures for Larger view
nice writing here brother, beautifully narrated
ReplyDeleteThanks bro ish, actually is just simple writing , i'm not really expert in writing. Just more into share an info to others that really want to do this kind of activities . hehehe
Deletewill be going in march this year and was reading on write up regarding yong belar and yours is the best written. Short but with precise details and wonderful pictures. thank you very much
ReplyDeleteThanks for visiting my blog Chee eng booi, hope it will give u useful information :)
ReplyDeleteThnks bro
ReplyDeleteu r welcome yusuf
ReplyDelete