KOREA BUDGET TRAVEL memberi perkhidmatan yang berbaloi untuk sesiapa yang ingin melancong ke Korea. Lawatilah page KOREA BUDGET TRAVEL untuk mendapatkan informasi lanjut budget trip ini. Boleh juga email ke hanziskandar@yahoo.com / hanziskandar@hotmail.com

Wednesday, 7 November 2012

Universal Studio Singapore and Backpackers Tour




Tepat pukul 8:00 malam aku dah sampai di KL sentral untuk trip ke singapore bersama budak backpackers yang lain dan aku sendiri tak pernah jumpa, kira main redah je la. Kalo ikot masa berkumpul pukul 9 malam tapi sengaja datang awal solat kt sana supaya tak kelam kabut nanti. Ye la kan mana tau terlambat nombor yang aku ada pon cuma ada sorang member je. Apa yang fikirkan train pukul 10 malam tapi rupanya pukul 11 malam. Lepas aku dah jumpa member2 yang lain dan berkumpul melepak la kami sementara menunggu train datang.
Ini first time aku gi singapore naik train, tak tau lak ada train sampai ke sana. Selama ni gi singapore sebab urusan kerja pon naik kereta pastu bermalam kat johor then amik teksi masuk ke Singapore, punya la mental sebab biasanye jem kalo naik kereta masuk je Singapore. Aku rasa naik Train lagi better walaupon amik masa 6 jam dan bagi aku seswai untuk pergi bercuti atau balik kampung ok la. Tapi kalo emergency untuk urusan kerja better amik flight atau teksi la rasanya.

Asalnya nak amik yang ada katil tapi dah penuh terpaksa amik seat biasa je la. Harga tiket untuk pergi balik tiket dari KL Sentral ke Singapore ialah RM68 (RM34 pergi dan RM34 balik).
Keretapi ni akan berhenti di Woodlands Train Checkpoint dan kat sini korg akan keluar train dan pergi imigresen dulu untuk check passport dan barang. Lagi tak memeningkan , kalo naik bas , kena keluar bas pastu berlari ke imegresen then naik bas balik bila dah naik bas balik kadang2 tu tau2 je dah penuh dan tak dapat tempat duduk. Memang lepas ni aku prefer naik keretapi je kalo nak ke Singapore.



Gerak dari KLSentral pukul 11:00 malam dan sampai ke Woodlands Train Check point lebih kurang pukul 7:00 pagi cmtu. Kitorg terus gi stesen bas berhadapan dengan stesen keretapi woodlands tu dan amik bas menuju ke Woodlands MRT lak. Tambang bas dari Stesen keretapi woodlands ke MRT Woodlands SGD1.10 .

Sampai MRT Woodlands gi ticket machine untuk beli tiket ke Little India SGD3.30, Dari Woodlands ke Little India boleh tahan jauh gak lebih kurang 1 jam pon ada dan dalam masa perjalanan tu kena interchange kat Dhoby Ghout station.




Lega giler bila dah sampai stesen Little India dengan tak cukup tido nye , tak mandinye, beg beratnya... Dari sini kitorg direct ke Backpackers Hostel  iaitu di The Inncrowd.



Ini lah rupanye backpackers hostel harganye SGD20 per head. Ini first time aku nginap hotel backpackers dan boleh tahan jugak tempatnya. Setiap bilik disediakan katil double deckers dan kalo korg booking possibility korg duk ngn orang asing amat la tinggi. Kebetulan kami ramai dan dapat sebilik dan ada sorg lelaki india yang kongsi bilik dengan kami.

Alamatnya :
The Inncrowd (Backpackers Hostel Singapore)
73 Dunlop Street
Singapore 209401
(Historic Little India Conservation District)

Tel : (65) 6296 9169/(65) 6296 4280
 Site : www.the-inncrowd.com
Email: reservations@the-inncrowd.com

Keistimewaan:
- Free Breakfast
-Free Lockers
-Free Wireless Internet
- Free Guided Tours

" From Changi Airport
- Take the MRT (subway) to Bugis statio, then walk to the hostel .  The MRT ride takes about 25mins and costs SGD1.50 (plus SGD1 deposit for the plastic ticket). The walk takes about 8 mins. Alternatively take either the airport shuttle (SGD7 per person) or taxi (about SGD15) for the ride). Both will drop you off at the hostel)

From Bus Station
-There's many bus staion in Singapore with buses coming from Malaysia or Thailand if you're dropped of at Queen Stret Bus Station, walk 5 min to the hostel.

From Woodlands Train Check point 
- Take bus from outside the railway station to the Woodlands MRT station and go to Little India Station . The walks take about 10-15minutes to the hostel."



Breakfast di sini disediakan juga iaitu telur rebus, roti, air teh , kopi dan beberapa simple breakfast yang kena dengan bayarannye la , kalo nak makan mewah korg kena gi makan luar la.Satu perkara lagi ialah bila dah dikatakan hostel backpackers takde istilah korg nak privacy ke nak bilik sorg ke, bila korg book hostel backpackers ni korg akan satu bilik atau boleh dikatakan campur dengan minah atau mamat bacpackers yang lain yang datang dari seluruh dunia. Macam kebetulan kitorg ramai kiranya dapat satu bilik sekali.


Ini antara port lepak untuk guest juga ada disediakan wifi dan komputer berinternet kalo nak surfing tidak dikenakan bayaran pon.


Check in hostel ni pukul 12 tgh tapi kitorg sampai awal sangat dalam pukul 8:30 pagi sebab nak kejar masa ke Universal Studio  jadi lepas suma dah bersiap mandi, bersihkan diri , letak beg hostel ni kitorg gerak ke Sentosa. Dari Little India kitorg amik MRT menuju ke HarbourFront SGD 2.70 lepas turun dari HarbourFront korang akan automatik berada di dalam shopping complex dan korang akan naik ke tingkat atas sekali untuk amik train ke Sentosa Station dimana Universal Studio di situ dan tiket ke Sentosa Station SGD3.50 return tiket.
" Ini kaunter tiket Universal Studio"



Finally sejak Universal Studio Singapura (USS) ni buka 2 tahun yang lepas tak silap aku,berakhir sudah penantian.. hehehe.. Apa yang aku tau Ticket Universal Express ada untuk bagi mereka yang tak nakl beratur maksudnye korg leh terus potong que cumanya kena tambah extra money la lebih kurang SGD30.00 sekarang ni. Harga tiket biasa lebih kurang SGD68.00, kalo beli online lebih murah.


Agak excited bila dah masuk sini nampak meriah ditambah dengan orang yang ramai. Awal2 je kitorg melilau tak tau nak start mana dulu, asalnye nampak transformer tapi technical problem dan kena tunggu sejam kendian jadi kitorg jalan ke tempat lain dulu. Sampai la ke Madagscar, ride ni sekadar mcm For Learning ... naik bot dan di kiri kanan akan ada patung2 karakter madagascar bercakap itu saja.

Lepas habis pusing bot Madagascar tu hujan pon turun lebat, apalagi beli la poncho USS SGD3.00 kat kedai souvenior Madagscar dan aku beli T-Shirt baby gambar Alex the Lion SGD23.90. Then masuk ke Fairy land tempat tinggalnya Shrek, kat sini ada 4D cinema dan korg akan merasai effectnye sekali, ok la..

 " Ini machine jual poncho SGD3.00"


Jurassic Park ni pulak naik not gak cumanye lebih thrill sikit je dari madagascar dengan airnye yang deras sikit dan kiri kanan akan kuar patung dinosaur di akhir perjalanan akan sedikit cemas sebabnye dengan tiba2 bot akan dinaik ke atas dan meluncur ke bawah. Kat Jurassic Park aku beli Fridge Magnet SGD12.90 dan SGD5.90 juga Kids T-Shirt SGD26.90


Kat Water World ni ada persembahan ala2 teater.Kalo korg pernah tengok UnderWaterWorld (x silap aku tajuknye) kira lebih kurang la plot citernya.


Ancient Area/Egypt ni ala2 The mummy return kat sini ride roller coaster dalam kawasan gelap lebih kurang mcm kat The Mall/Yaohan tu , itupon kalo korg penah tau dan penah naik. Boleh tahan gak ride ni tapi sekejap je.




 " Roller Coaster Battlestar Galactica ni ada 2 jenis Galactica PX dan Cylon"

 Ini antara yang awalnye aku teragak2 nak naik sebab takut terMUN...... sbb dah de experience kan.. hehehe.. tapi alang2 disebabkan dah datang sini worst come to worst kena try gak , sayang bayar mahal2 tak cuba . Berdebar pada awalnye time nak naik sebab lama giler aku stop naik benda ni , kat Battlestar Galactica ni ada 2 jenis roller coaster PX dan Cylon. Mula2 aku ngn geng naik PX dulu dan kemudian naik CYLON , untuk cylon ni kaki tergantung dan lebih 360 darjah pusingnye but both totally awesome cuma sekejap je jarak perjalanannye dan laju giler. Tengok gambar yang dorg amik cun aku pon beli la dengan harga SGD20.00


Lepas dah rasa suma ride naik then kitorg pergi balik ke Transformer , nasib baik dah ok dah sistemnye tapi kena beratur sejam kat situ punye la panjang ya amat. Bila dah sampai turn naik memang TOTALLY awesome sangat 3D ridenye , memang rugi kalo datang USS ni tapi tak naik Transformer ride, tempat ni memang wajib, kalo ikotkan nak repeat sebab kejap sangat tapi tengokkkan ramai beratur terus blah tempat lain. Kat sini aku beli Fridge Magnet Transformer SGD4.90 dan Kids T-Shirt SGD26.90




Then kitorg masuk LIGHT,CAMERA,ACTION dalam ni dorg tunjuk camna kesan bunyi khas yang dilakukan untuk penggambaran memang real dorg wat.

 " Mamam KFC yang berdekatan"


Lepas dah puas main suma tempat kitorg pon just pusing2 dan kuar masuk kedai souvenior. Lebih kurang pukul 8 .30 malam kitorg keluar USS tapi sebelum tu kitorg makan dulu la kat KFC tu je tempat yang diyakini di kawasana sekitar sentosa ni dan lepas tu baru gerak menuju Clarke Quay (SGD2.30). Kuar dari Sentosa Station tak yah bayar sebab tiket SGD3.50 tu kiranye return tiket . Konon nak naik bot kat Clarke Quay tapi tidak kesampaian takut tak sempat kejar train MRT nanti sebab tutup pukul 11.45 malam jadi just lepak je tepi sungai area situ dan lepas tu menuju ke Chinatown (SGD2.20) usha2 barang , tempatnya lebih macam petaling street kat KL takde apa yang menarik sangat tempat yang common. Apa lagi lepas masing2 dan puas membeli belah gerak balik ke Hostel kat Little India.


" Ini kaunter tiker untuk Sentosa Broadwalk tu SGD 1.00"

" Ini skydiving nye centre , kalo rasa ada bajet lebih leh gi cuba"


Esok paginya kitorg bersiap sedia pegi Sentosa Island semula bukan ke USS tapi jelajah kawasan sekitarnya untuk Broadwalk Sentosa kena fee SGD1.00 . Kawasan sini memang cun lebih2 lagi berdekatan dengan laut, jernih sejernihnya air laut kat sini. Dalam pusing2 sini kitorg sebenarnya nak menuju ke Beach Station jadi kena amik train dari Sentosa Station untuk ke sana.


Sampai kat Beach Station tempat pertama yang kami tuju nak main Luge dan Skyride tapi pemahaman dengan informasi yang salah ataupon ada udang disebalik batu oleh pengurusannya terus tak jadi main.
Dalam pikiran kitorg ingatkan Family package 5 Luge SGD30 adalah untuk 5 orang rupanye 5 pusingan, kalo sorang SGD12.50, tak jadi naik la kitorg so jalan-jalan kejap je kat area situ dan lepas tu patah balik ke area sentosa gi KFC balik lepak sambil pikir plan seterusnya.


Dah alang2 datang kat sini aku ngn sorg member gi 4D Magix , bayaran masuk untuk pakej SGD36.80 dapat masuk 3 tempat iaitu Pirates, Desperados dan ......, Kalo masuk berasingan lebih mahal untuk Pirate SGD18.90, Desperados SGD14.50 dan untuk   SGD 18.90. Bagi aku kat 4D Magix adveture land ni kira boleh tahan terbaik gak seperti pirate 4D cinema lebih baik daripada shrek dan Ride ni lebih kurang mcm Transformer 3D tapi masih tak leh lawan Transformer 3Dnye ride. Desperados lak game menembak dalam bentk 4D.



Yang ni kira macam menara Taming Sari kat melaka tu dengan bayaran naik SGD15.00.


Lepas puas kat sentosa kitorg kuar dari situ dan lepak kat Harbourfront sambil diskus mana lagi nak pegi dan sini terdapat bercanggah pendapat, agak lawak time ni siap undi lagi antara nak gi Bugis atau Marina Bay alih undian untuk Marina Bay mendahului, dan aku mengundi Marina Bay hehehehe...

Dari HarbourFront ke Marina Bay SGD2.30, sampai je kat stesen Marina Bay punya la lebat hujan memang tak dapat nak redah ke kawasan Marina bay time tu sebab jauh dari stesen . Bagi yang still nak ke Marina Bay kitorg berempat iaitu Xamen, Budak Kampung , Boboy dan aku stay situ sampai reda hujan dan yang lain gi Bugis. Sanggup tunggu kitorg sebabnya kalo gi Bugis situ kawasan beli belah dan takde hati nak gi sana.
Lebih kurang setengah jam gak duduk mencangok kat stesen tu baru lah leh redah ke area Marina Bay di mana situ la kawasan popular bagi sesiapa datang ke Singapore.




Dah macam tarian singa kitorg time redah hujan .Sampai je sana rupanye ramai pelancong yang ada kat situ.


Lebih kurang pukul 6:30 malam dah puas bergambar kat situ kitorg jalan menuju ke stesen Raffles Place untuk ke Little India iaitu sudah sampai masa packing dan pulang. Keretapi kami pada pukul 10.30 malam, gerak dari Inncrowd pada pukul 8:30 malam menuju ke stesen Woodlands, sebaik di Woodlands kitorg amik bas yang pergi Woodlands Train Checkpoint. Sampai lebih kurang pukul 9:30 malam sementara menunggu train kitorg berjalan keluar dulu usha kedai beli makanan. Situ terdapat kedai makan muslim , McD , 7E dan lain2 opposite Woodlands Train Checkpoint tu just kena jalan kaki je la.

Ringkasan Bajet :

a) Keretapi (KL Sentral - Singapore - KL Sentral)                   : RM68
b) Inncrowd Backpackers Hotel -                                            : SGD 20 per head/night
c) Bas dari Woodland Train Checkpoint ke Stesen Woodlands : SGD1.10
d) MRT Woodlands -> Little India                                           : SGD3.30
e) MRT Little India -> HarbourFront                                       : SGD2.70
f) Sentosa Station                                                                    : SGD3.50
g) Universal Studio Singapore                                                  : SGD68 (Express Ticket charge 
                                                                                                                 extra SGD30)
    - Kids T-Shirt range    : SGD23-27
    - Fridge Magnet range : SGD5 - 15
    - Poncho                     : SGD3
h)Sentosa Broadwalk                                                               : SGD1.00
i) 4D Magix Adventure Land                                                    : SGD36.90 (Package untuk 3 tempat)
    Single ride:
    - Pirate                     : SGD18.90
    -  Extreme Log Ride : SGD18.90
    - Desperados           : SGD14.60



***Waktu ni currency singapore 2.53


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...