KOREA BUDGET TRAVEL memberi perkhidmatan yang berbaloi untuk sesiapa yang ingin melancong ke Korea. Lawatilah page KOREA BUDGET TRAVEL untuk mendapatkan informasi lanjut budget trip ini. Boleh juga email ke hanziskandar@yahoo.com / hanziskandar@hotmail.com

Friday, 30 November 2012

SOTO Sg Serdang


Kalau korang tengah mengidam nak makan soto dan tengah mencari di area selangor, Soto kat Sungai Serdang memang terbaik. Warung soto ni boleh kata hampir setiap hari buka dari pagi sampai malam (tak silap aku). Dan aku lak boleh kata selalu gak pergi mengalas perot kat sini .

Portion soto sini boleh dikatakan banyak terutama sekali ayamnye, korang leh pilih nak portion kecil ke besar dan harga dah tentu berbeza. Kedai ni memang sentiasa dikunjungi orang, kalau yang tak biasa area kapar agak sukar nak cari kedai sebabnya ia berada di kawasan dalam kampung.

Koordinat : N 3 8.526, E 101 19.754
Lokasi : Sungai Serdang, Kapar Selangor.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...