KOREA BUDGET TRAVEL memberi perkhidmatan yang berbaloi untuk sesiapa yang ingin melancong ke Korea. Lawatilah page KOREA BUDGET TRAVEL untuk mendapatkan informasi lanjut budget trip ini. Boleh juga email ke hanziskandar@yahoo.com / hanziskandar@hotmail.com

Sunday, 9 February 2014

GUNUNG PENINJAU , Lata Ulu Chepor



IMG_0895

Dengan kepenatan, keletihan, kemalasan lepas waktu keje, asalnya rasa malas lak nak pegi ke Lata Ulu Chepor sebab baru habis keje pukul 3 petang, selalunya bila hati aku rasa malas lagi la aku paksa diri nak buat. Jadi lepas je waktu keje sabtu aku direct gi Chemor untuk aktiviti hiking Gunung Peninjau yang terletak di Lata Ulu Chepor.


Dalam keadaan ngantuk disebabkan penat aku gagahi juga drive seorang diri seperti biasa cara aku. Cepat dan simple bila lone ranger.. hehehehe.. Pada jam pertama drive masih ok dah nak masuk jam kedua mula terhuyung hayang tapi alhamdulillah masih boleh di kawal lagi. Berhenti kat rnr jap rilek dulu dah rasa cukup rehat sambung lak drive ke Chemor.

Perjalanan dari Shah Alam ke Chemor Perak mengambil masa lebih kurang 3 jam lebih dan sepanjang 186km. Mudah je untuk ke tempat ni, just drive je menuju ke Perak dan selepas tol Perak Selatan tengok signboard Chemor , ada dua simpang yang gantung signboard Chemor masuk simpang kedua sebelum Tol, lepas tu masuk simpang lepas trafik light belok kanan dan sebelah kanan tengok signboard Perkhelahan Air Terjun kira dah nak sampai la tu.

Aku gerak sabtu sebab aku tido homestay kat Lata Ulu Chepor ni di Ma's Homestay , satu malam RM180 boleh kata complete basic facilitinya termasuk wifi. Kedai-kedai pon dekat jadi tak susah nak cari bahan keperluan dan makanan.

Group yang aku ni folo adalah Tanjung Crew dan ni first time aku folo event dorang dan dorg ni budak medic. Mcm biasa la tak kenal maka tak cinta, mula2 datang x tau nak borak apa sebab tak kenal jadi banyak mendiamkan diri dan makan je la keje aku. Cuma aku pikir menunggu hari esok untuk hiking, tapi apa pon dorg memang friendly.



IMG_0773

IMG_0769

Seawal 5 pagi aku dah terjaga dari tido nak bersiapkan diri untuk solat dan gerak ke parking hujung di Air Terjun Lata Chepor. Kami berkumpul pada pukul 7 pagi untuk bersarapan , warmup dan briefing daripada Silver Outdoot Sport yang diketuai oleh Bro Shahlan. 39 orang yang join untuk hiking Gunung Peninjau ni kira dah macam kem motivasi lak. :p tapi apa pon happening ditambah dengan guide yang gila2.


IMG_0782

IMG_0785

IMG_0789

IMG_0786
IMG_0794

IMG_0799

IMG_0800
" Ini bro Shahlan dari Silver Outdoor Sport, kalo nak guna khidmat dier leh contact dier melalui page S.O.S di fb"

IMG_0802

IMG_0804

Time permulaan mendaki masing2 muka masih senyum happy je la..... tunggu la lepas beberapa ketika bersuara pun tidak termasuk aku. Lama gak aku tak daki, last sekali rasanya Gunung Datuk , itupon berbulan2 yang lepas.

IMG_0815

IMG_0817

Dalam perjalanan bunyi air sungai memang menenangkan rasa nak terjun pon ada tapi apakan daya masih dalam perjalanan menuju puncak.

IMG_0828

IMG_0835

IMG_0838

Ni first waterpoint , time ni dah start rehat walaupon tak rasa penat lagi baru beberapa langkah je berjalan.

IMG_0841

IMG_0843

IMG_0844

IMG_0845

IMG_0848

IMG_0850

"Ni Ah Boy salah sorang guide kitorg."

IMG_0852

Setengah jam pertama jalan agak landai dan rata tak terasa sangat , selepas tu mula la mencanak sikit... sikit dan mula mencanak je hiking. Kalo jalan datar dah rasa penat inikan yang mencanak, jadi paham2 je la. Aku sendiri leh pancit, nampak sangat dah tak fit sekarang ni.

IMG_0853

Ni last waterpoint, kalo nak ambil air boleh turun ke bawah ada alirans sungai situ.

IMG_0858

IMG_0859

IMG_0861

IMG_0862

Selepas dekat 3 jam dari pukul 8:20 pagi akhirnya kami sampai ke puncak pukul 12:40 tgh, kira agak cepat. Bila dah sampai atas rasa "Dah sampai, sekejap je.." hehehehe . Sini point viewnye kurang sikit sebab dikelilingi pokok-pokok jadi agak terbatas melihat view keliling dari atas.

IMG_0865

IMG_0867

IMG_0870

IMG_0873

" Time amik gambar ni ada kabus lak lindung awan jadi agak kurang cantik shot backgroundnya"

IMG_0875

IMG_0882

IMG_0892

IMG_0897

IMG_0899

Gunung Peninjau ni ketinggian nye 1059 meter (3741 kaki) mengambil masa 5 jami untuk naik dan turun jadi oleh itu bagi yang bukan otai tu bawalah air lebih sikit especially isotonik min 1.5 liter, power gel ke atau kurma penambah tenaga, coklat pon ok gak, poncho kalo2 hujan, headlamp pon bawa mana la tau kalo tak sempat dah gelap time tu dan wisel.

IMG_0909




BELOW PHOTOS CREDIT: Pelangi Petang, Atok

1908290_672371182808674_783347424_n 12717_672371606141965_949151141_n 1920077_673079106071215_1267391283_n 1382151_673079812737811_1266173320_n 1898567_796608543687308_973962427_o 1669738_796611383687024_1164764790_o 1658345_796611430353686_1142876117_o1607116_673076252738167_1828549311_n 400627_673076409404818_945621196_n 1796636_673078392737953_1222162430_n

2 comments:

  1. terima kasih untuk perkongsian,bro..boleh bagi no guider? nak cuba pergi sana.haha

    ReplyDelete
  2. aku sbnrnye folo satu grup medic perak, mereka yang aturkan hiking ni dengan S.O.S group. Boleh cuba lihat page mereka dan pm untuk servis dorg

    ini grup dorg

    https://www.facebook.com/groups/259083874201925/

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...