Bukit Saga.... hmmm.. apa yg aku cuma tau pasal bukit saga ni terletak kat area taman saga, ampang. :P
Bagi yang tak biasa area ampang dan pertama kali datang sini mungkin akan sesat nak cari mana bukit saga ni walaupon ada tanda arah bukit saga sebab korang akan melalui kawasan perumahan dan akan terpikir betol ke kawasan yang korg pergi ni, sememangnye itu la areanya.
Sekarang ni ramai orang hiking bukit saga terutama seali hujung minggu , awal2 pagi suasana kawasan perumahan Taman Saga , jalan saga 28 penuh dengan kereta , bukannya kereta penduduk kereta situ tetapi kenderaan hikers. Biasanya memang nasib la kalo jumpa parking yang berdekatan dengan starting point. Time aku dtg hari tu sampai pukul 7 pagi pon dah penuh keliliing dengan kereta, lepas 2 tiga kali pusing aku parking kat awal2 simpang nak masuk Taman Saga.Asalnya nak parking berdekatan Starting point tapi takut menggangu laluan dan kacau kawasan rumah orang.
Kami suma berkumpul di Taman Permainan berdekatan denagan taska dan balairaya yang kalo korg datang pagi tu dah tak nampak taman permainan tapi macam parking kereta.
Ni Bro Faizal , guiide yang anjurkan event Bukit Saga ni dari group Menarik Adventure Team. Asalnya berkumpul pukul 7.30 pagi dan get ready pukul 8:10 pagi tapi ada peserta yang sesat dan tak jumpa tempat ni, memang gak sukar nak jumpa gak tempat ni kalo tak tau. Aku pun jumpa sebab pakai GPS.
Jadi kami berkumpul dalam pukul 9:10 pagi dengan taklimat pejal dulu. Then kami gerak menuju ke Bukit Saga.
Ni la starting point untuk ke Bukit Saga, dari gambar boleh tengok punya ramai orang , itu baru sebahagian je.
Kalo korang yang jenis tak sempat nak buang air dari rumah jangan risau tandas disediakan untuk korang melegakan diri tetapi tandas ni sesuai untuk buang yang kecil2 je, yang besar rasanya kena gi semak. hehehe.. Tandas nya satu je jadi nasib la kalo kena beratur panjang time tu.
Kat point ni ada satu gerai makcik tu jual nasi lemak, buah-buahan , air dan juga tongkat hiking dengan harga yang murah RM20 je.
Pada awalnya aku tak tau yang akan hiking tangga dan bila tengok biasa je kot. Tapi selepas beberapa lama, betapa azabnya hiking tangga berbanding hiking jalan biasa. Nasib baik aku tak bawa tripod kalo tak memang naya. Keluar habis peluh janatan membasahi badan ni, sebenarnya ada rasa nak give up time tu. hahahaha
Lepas lebih kurang 20 minit baru la track tak bertangga.. fuhhh.... ringan sikit kepala lutut ni. Time ni memang lega giler berjalan. Dorang ni tak yah cakap, mana tau penat otai gunung suma tu. :p
Kitorang gerak lebih kurang pukul 9.30 pagi dan sampai dalam pukul 10.10 pagi, setengah jam je rupanya utk sampai ke puncak. Ni baru puncak bukit saga belum nak menuju ke waterfall lagi. Kat sini berehat la 10-20 minit samabil menunggu member2 lain sampai.
Ni lak track menuju ke waterfall dari puncak bukit saga , time ni kebanyakan track turun ada beberapa ketika menaik tapi masih ok lagi la tracknya.
Hepi tol kanak2 ribena ni, tak padan dah tua bangka. hehehehe
Sebelum sampai ke waterfall kami melintasi beberapa sungai .
Dan akhirnya sampai jua ke waterfall Sungai Putih, meriah tol dengan orang time sampai kira hampir pack kawasan air terjun ni. Siap dah ada tempat teduh, hammock , tempat salin pakaian . Kalo nak bergambar dengan air terjun memang kena gilir2 la sebab ruang limit. Apa pon samapi je kitorg rehat dulu makan2, minum2 , curi makanan orang. Time sampai ni pukul 12 lebih rasanya.
Lepas puas melayan kesejukan air terjun sungai putih, kami bersihkan tempat dulu dan gerak menuju ke route A untuk pulang ke base parking. Kami akan melalui 'RnR' , kat sini korang leh lepak dengan hammock ke, nak workout sbb ada mini gym sini yang ala2 je, nak refill air minum termasuk nak berguling, nyanyi suma boleh la.
Ini papan kenyataan tentang group dan aktiviti yang meka2 di kawasan sekitar ni buat.
Ini kawasan air refill untuk yang kedahagaan.
Ini mini gym yang dicakapkan tadi. Seswai yang ingin menjadi ahli gymnastic boleh lah berlatih di sini.
Ini dua orang kanak-kanak sangat gedik ada jalan gantung tak bertali tapi guna jalan bergantung dengan tali. hehehehehe
Akhirnya kami sampai base parking pukul 2 petang dengan keadaan cuaca yang panas terik.
PHOTOS CREDIT TO:
Why Waheeda, Faizal
Sunday, 2 March 2014
BUKIT SAGA & AIR TERJUN SUNGAI PUTIH, Ampang
08:30
air terjun, ampang, bukit saga, hiking, malaysia, menarik adventure team, merah, red, selangor, sungai putih, taman saga, waterfall
No comments
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment