KOREA BUDGET TRAVEL memberi perkhidmatan yang berbaloi untuk sesiapa yang ingin melancong ke Korea. Lawatilah page KOREA BUDGET TRAVEL untuk mendapatkan informasi lanjut budget trip ini. Boleh juga email ke hanziskandar@yahoo.com / hanziskandar@hotmail.com

Sunday, 3 February 2013

Pulau Langkawi


Pulau Langkawi adalah antara pulau yang terkenal terletak di luar pantai kedah , di barat laut malaysia. Ia kini telah menjadi sebuah pusat pelancongan yang terkenal di peringkat antarbangsa kerana ciri-ciri yang sesuai untuk dilawati dengan persekitaran yang tenang , keindahan alam semulajadi menjadikan ia antara pulau yang sangat menarik di Malaysia.

Kami sekeluarga pergi ke sini atas berdasarkan last minute plan dan kami menaiki kapal terbang yang juga last minute booking jadi agak mahal la tiketnya RM500++ seorang (return). Dalam masa last minute plan itu kami booking apartment untuk kami sekeluarga dan dua buah kereta proton saga flx .

Site apartment :

http://www.langkawiapartments.com/index.html

Detail apartment yang kami tinggal :

Century Suria Apartment Langkawi
RM600 - 3 hari 2 malam
Contact : Roslan : 0194172177

Apartment ni bagi saya memang menarik untuk didiami terletak di tempat yang strategik di antara lapangan terbang dan pekan kuah, ia juga tidak berapa jauh untuk ke destinasi yang lain. Rumah kami berhadapan dengan pemandangan laut. Terdapat 3 bilik tidor dan 2 bilik air beserta dapur, peti sejuk, TV, astro, aircond die setiap ruang cumanya di rumah ini tidak boleh masak. Parking pun mudah di apartment ni.

Untuk kereta kami sewa pula RM450 tak silap, maaf saya dah tak ingat berapa harganya untuk kedua-dua buah kereta, kalau cari di internet banyak kereta yang untuk disewakan boleh didapati cuma membezakan harga dan keadaan kereta itu.

Penerbangan kami daripada Kuala Lumpur pada pukul 10 pagi bersama Fire Fly dan tiba di Langkawi lebih kurang dalam pukul 12 tengahari, pada masa kami sampai , kami masih menunggu kereta sewa kami datang untuk serahkan kereta kepada kami.

IMG_8695

IMG_8701
" Ini lah kereta Proton Saga FLX yang kami sewa, tak sangka kereta ni sangat save minyak selama 3 hari pakai hanya bermodalkan RM40 je untuk kami pusing2 di Pulau Langkawi ni"

IMG_8704

Ini adalah panoraman dari beranda apartment di tempat kami tinggal di Century Suria Apartment Langkawi.

IMG_8706 IMG_8705 IMG_8707 IMG_8708
IMG_8709 IMG_8712

Ini adalah bahagian dalam dan kawasan rumah di apartment tempat kami tinggal di Langkawi, bagi aku rumah ni dah cukup selesa untuk tinggal sekeluarga.

IMG_8719

Ini adalah kawasan menuju ke Dataran Lang atau ke Jeti dimana untuk ke Pulau-Pulau lain yang terdapat berdekatan di Langkawi.

IMG_8732

Waktu ni kami baru sampai dan kelaparan, pada awalnya kami ke area Jeti cari makanan dan tak ada tempat makan yang menarik di situ dan Food Corner di bahagian luar pula tutup semuanya maka terpaksa patah balik ke Pekan Kuah makan di Restoran Thai.

IMG_8734 IMG_8744 IMG_8747 IMG_8749 IMG_8758 IMG_8768

Ini adalah kawasan nelayan melabuhkan botnya , ia berdekatan dan berhadapan dengan Pekan Kuah.

IMG_8770 IMG_8773

Haji Ismail Group antara tempat yang paling sering dikunjungi pelanggan untuk mendapatkan coklat duty free, pinggan mangkuk, kuali dan sebagainya bagi mereka yang memang ada niat nak beli barang bila berada di Pulau Langkawi ni. Haji Ismail Group terdapat 2 buah kedai yang berdekatan di dalam Pekan Kuah ni.


IMG_8774 IMG_8780 IMG_8783 IMG_8784

Malam itu kami makan di Restoran Haji Jelani di mana ramai orang kata seafood sini sedap, semamngnya ramai orang yang datang makan di sini. Bagi aku mungkin di Langkawi restoren ni adalah yang terbaik tapi kalo masakannya biasa-biasa sahaja . Banyak juga kami ambil lauk dari udang ke ketam ke sotong ke ikan campur sayur mayur adalah kena dekat RM200 time tu. Restoran Haji Jelani terletak di area Pantai Cenang dan di tepi Jalan.

IMG_8820

Dataran Lang dan Patung Helang ni adalah tempat wajib untuk pergi dan ambil gambar kerana ia umpama simbol Pulau Langkawi ni. Patung yang setinggi 12 meter ni terletak di sudut tenggara Pulau Langkawi selain menjadikan pemandangan Kuah Bay Indah ia juga terdapat air pancut kecil dan dapat tengok fer-feri merentasi laut. Patung helang di bina untuk menunjukkan lambang pulau. Langkawi mendapat nama daripada Helang (Lang) dan Kawi (Coklat Kemerahan)

IMG_8830 IMG_8831 IMG_8834 IMG_8839 IMG_8844 IMG_8846 IMG_8848

Berdekatan dengan Dataran Lang terdapat Taman Legenda, tidak akan lengkap jika tidak melawat ke sini kerana di taman ini boleh tau tentang legenda yang terdiri watak mistik yang terdapat di Langkawi. Taman seluas 50 ekar ini terdiri daripada 17 monumen dengan cerita masing-masing dan dipeuhi tumbuhan-tumbuhan, tasik buatan dan pantai.
Taman ini dibuka secara rasmi pada 27 April 1996, terdapat pelbagai bentuk kraftangan yang indah tradisional melayu dan seni kebudayaan. Taman ini terletak lebih kurang 400 meter dari Jeti. DI sini juga korang leh tahu bagaiman bandar mendapat nama , Kuah adalah legenda Mat Raya dan mat Cincang, kedua-dua pahlawan yang menggerunkan dalam pertarungan dan menyebabkan pembentukan Gunung raya dan Gunung Mat Cincang dan ia mendapat nama apabila dua pahlawan ini berjuang terbalik mangkuk kuah.
Terdapat juga legenda yang jarang kita dengan seperti eLegenda lembing Pandak Mayah, Pulau hantu dan Golden Ball Mermaid.


IMG_8849 IMG_8851 IMG_8853 IMG_8858 IMG_8860

Taman CHOGM telah ditubuhkan untuk memperingati Ketua Komanwel Mesyuarat Kerajaan (CHOGM) yang diadakan di Langkawi pada tahun 1989. Taman ini terletak di bandar kuah di Hadapan Persatuan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dan berdiri megah Masjid Aishah antara beberapa masjid berhawa dingin sepenuhnya di Langkawi.

IMG_8863 IMG_8864 IMG_8865 IMG_8880 IMG_8884 IMG_8892 IMG_8893 IMG_8895 IMG_8898 IMG_8904 IMG_8911 IMG_8926 IMG_8909 IMG_8944 IMG_8958
IMG_8948

Underwater world adalah salah satu marin terbesar dan aquaria air tawar di Asia Tenggara. Beroperasi pada ogos 1995 dengan konsep menjurus kepada pengetahuan , penididkan dan hiburan bagi meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan bentuk memulihara kehidupan berharga akuatik juga pemahaman mendalam dan tidak boleh dipisahkan antara manusia dan alam.

Keunikan Underwater World ini ialah terowong gergasi sepanjang 15 meter yang dikelilingi 500,00 liter air laut yang menempatkan ikan besar dan makhluk laut yang lain beserta Penyu Green Giant. 

Tiket masuk ke sini tak silap RM15-RM20 seorang .
IMG_8975 IMG_8977 IMG_8980 IMG_8981 IMG_8983 IMG_8984 IMG_8985 IMG_8989 IMG_9001

Oriental village ni terletak di Teluk Burau di kaki Bukit Gunung Mat Cincang dan ia merupakan salah satu kawasan utama Langkawi Geopark. Dimiliki oleh LADA Eco-Tourism Sdn Bhd (Lembaga Pembangunan Langkawi). Ia sinonim dengan "Langkawi Cable Car". Selain daripada Cable car terdapat juga tarikan lain seperti perjalanan ke Gunung Mat Cincang, tunggangan Gajah, ATV, Motor Cross dan lawatan sekitar kampung.

IMG_9005 IMG_9006

Telaga Tujuh adalah seperti suatu keajaiban geologi , air terjun dinamakan kerana perairan rosak oleh satu siri tujuh kolam semulajadi. Kawasana Telaga Tujuh dikelilingi hutan semulajadi dan legenda mengatakan bahawa pari-pari selalu turun ke bumi untuk bermandi manda di sini.Terdapat Tujuh kolam atau telaga di mana air terpancur keluar dari satu kolam yang lain dan ia menjadi daya tarikan.

IMG_9011 IMG_9013 IMG_9014

Laksa Power Pantai Airport terletak di belakang airport Padang Matsirat, apa yang aku dapat tau Laksa Power ada buka kedai sebelum ni di jalan menuju ke Pekan Kuah tapi disebabkan ketidakamanahan pekerjanya maka skrg ni hanya berniaga menggunakan lori sahaja. Dengan gerai bersebelahan airport dan mengadap pantai menjadikan lokasi Laksa POwer ini sungguh strategik dan menarik, singgah di sini adalah suatu kemestian. Selain Laksa terdapat juga rojak , cendol, ketupat sotong hmm.. itu je yg aku perasan sebab terlalu ramai orang time kami datang.


IMG_9015 IMG_9017 IMG_9019 IMG_9021 IMG_9024 IMG_9027 IMG_9032 IMG_9034 IMG_9035 IMG_9041 IMG_9042 IMG_9048 IMG_9052 IMG_9065 IMG_9066 IMG_9069 IMG_9076 IMG_9082 IMG_9086 IMG_9091 IMG_9088 IMG_9093 IMG_9099 IMG_9118 IMG_9120

Langkawi Bird Paradise terletak di jalan Ayer Hangat dan berkeluasan 5 ekar. Dilancarkan pada tahun 2002, ia adalah taman tropika dengan lebih 2500 burung eksotik dari 150 spesis seperti kenari , burung hantu, helang , toucans, enggang dan falmingos. Terdapat juga laluan berjalan dalam air tejun buatan manusia. dan taman ini juga dikenali sebagai Langkawi Wildlife Park , taman sanagat menyerupai habitat semulajadi setiap jenis burung yang terbang bebas dalam ni dan juga hidupan liar yang lain. Taman ini sepenunya yang pertama dilindungi Taman hidupan liar Asia.
Untuk kesini lebih kurang 0 minit dari pekan kuah. Ia dirasmikan oleh Menteri Besar Kedah YAB Dato Seri Syed Razak Syed Zain .


IMG_9131

Pada awalnya kami nak masuk ke dalam Taman Agro-Teknologi Langkawi untuk melihat musim buah apa yang ada tapi dengan penyambut tetamu di kaunter yang sangat tidak remeh sibuk dengan make upnya dan sambil lewa memberikan informasi kami batalkan hasrat kami dan menuju ke Kolam air panas.


IMG_9133IMG_9134 IMG_9139 IMG_9143

Ini adalah Kolam air panas di Langkawi aku tak ingat lokasinya dan apa yang aku perasan kolam air panas yang terbuka cuma satu sahaja dan kecil kolamnya lain suma seperti kolam air biasa. Tetapi aku nampak juga ada kawasan khas spa bagi sesiapa yang inginkan ketenangan dan kelegaan.

IMG_9147 IMG_9148

Ini adalah kawasan air terjun Durian Perangin aku cuma sempat jenguk sahaja di bahagian bawah sebab kebetulan time tu hujan jadi sekadar melawat sekejap je. Air terjun ini menuruni cerun Gunung Raya , sepanjang jalan penuh dengan batu yang unik yang direndam dalam air jernih. Beberapa meter dari kawasan air terjun ni terdapat Kampung Ayer Hangat.

Banyak lagi kawasan di Langkawi yang kami tidak sempat jejak disebabkan kesuntukan masa hanya 3 hari tapi sudah cukup untuk kami merasa berada di Langkawi.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...