Welcome to Sharil Routh Blog

Blog Notty by Nature Life - Chapter 2 ini adalah kesinambungan daripada Notty by Nature Life - Chapter 1 (https://sharilrouth.blogspot.com/)

Kebanyakkan info yang dikongsikan di blog ini mengenai aktiviti outdoor dan tour yang mungkin boleh membantu serba sedikit untuk planning korang di masa akan datang. Insyaallah...
KOREA BUDGET TRAVEL memberi perkhidmatan yang berbaloi untuk sesiapa yang ingin melancong ke Korea. Lawatilah page KOREA BUDGET TRAVEL untuk mendapatkan informasi lanjut budget trip ini. Boleh juga email ke hanziskandar@yahoo.com / hanziskandar@hotmail.com

Monday, 15 April 2013

BBQ LAND KUANG



2013-07-03 20.16.42


Nama Tempat : BBQ LAND KUANG
Website : http://bbq-land-kuang.blogspot.com/
Lokasi   : Lot 2568, Lorong Atap Batu 16 3/4,
               Jalan Kuang, Sungai Buloh

No Tel  : 0178800627

Harga : RM18 Dewasa
            RM8 Kanak-Kanak 6-12 Tahun


2013-07-03 20.22.06

2013-07-03 20.17.57

2013-07-03 20.16.30

Friday, 12 April 2013

XPDC KAYAK LAUT PULAU BESAR





Ekspedisi kayak kali ini ke Pulau Besar Melaka bermula di Muara Sungai Punggur. Ekspedisi ni anjuran group X'pirit D Corp yang dikelola Cik Putree Syamira dari Terengganu. Aktiviti ni di lakukan pada 12hb dan 13 hb April 2013, 12hb April 2013 bersamaan dengan hari jumaat kami berkumpul di Homestay Alai Melaka. Aku gerak pagi jumaat dah alang2 time tu KL takde air jadi dalam perjalanan menuju ke Melaka aku singgah RnR seremban mandi situ.
Kalau tak biasa dengan Melaka memang agak sukar nak cari homestay ni aku sendiri pun nak explain tak berapa ingat sebab menuju ke sini pakai GPS. (Maaf Koordinat lupa nak salin).

Sampai Melaka lebih kurang dalam pukul 12 sempat untuk aku solat Jumaat jadi aku singgah surau area Kg Dusun tak silap aku namanye , ke Kg Durian. Serius dah lupa...





Ini lah homestay Hajjah Rahmah tu di Alai, Melaka. Aku tak berapa pasti berapa rate sebenarnye sebab bayar ke X'pirit D Corp RM100 merangkumi semua iaitu kayak, penginapan dan makanan.

Alamatnye :

NO 608-A KM 8.6 Batu 5 1/2,
Bukit Punggur Alai, Melaka,
75460 Melaka.

Tel :  019-6669955

Disebabkan terlalu awal sampai dan baru 4 orang je sampai , layan jiwang sat kat Pantai area Alai, time ni cuaca sangat panas boleh kertu kulit jadinya, asyik nak meneguk je. Dekat dengan pantai ni pun banyak homestay yang boleh tinggal. Homestay yang aku nginap jauh dalam 700 meter ada rasanya dari pantai.




Bila dah mula petang sikit .. sikit.. peserta dah mula datang dari anak orang sampai la ke mak bapak orang. Lebih kurang dalam pukul 8 malam kami dinner BBQ dan sesi taklimat kayak untuk keesokkan harinye oleh Akmal pengerusi Xpirit D Corp.



Dari malam sampai la nak dekat subuh , dok guling2 atas katil tak berapa lena tidur disebabkan tempat baru ke atau tak sabar nak kayak esoknye ke aku pun tak pasti. hehehe.. alih2 lebih kurang dalam pukul 5 pagi aku terus bangun mandi sebelum bilik air sesak. 


Pukul 7.00 pagi dah mula berkumpul untuk berjalan kaki ke Muara sungai Punggur di mana terletaknya starting point .







Antara kayak yang digunakan disewa daripada 2 owner kayak di Melaka. 



Bagi memastikan tak krem semasa berkayak , warm up sangat wajib dilakukan agar kayuhan lancar. Skip warm up siap sedia la dengan sakit pinggang, tangan etc.



Aku rasa mau lebih kurang 40-50 orang peserta yang join Kayak Laut Pulau Besar dari Johor, Melaka, Terengganu, Selangor, Kuala Lumpur (Aku la tu) , lagi.... hmmmmmm dan lain-lain.



Muka excited first time kayak laut, selama ni kayak tasik ngn sungai je. Awal-awal suma part nak jaga muka, tangan dari panas cahaya matahari, Dah tengah2 laut nanti memang tak dan nak jaga . :p

















Ini ialah Jeti Pulau Besar nak ke sini ada feri disediakan dari Jeti yang aku dah tak ingat namanye. Tak silap RM20-30 rasanya naik feri ni ke sini. (maaf kalo silap)





Akhirnya dari pukul 8.30 pagi berkayuh sampai Pulau Besar dalam pukul 12. 00 tengahari , Fuhh... baru pergi je tu dah agak azab dah. Bersiap sedia mental untuk kayuh  pulang lak tapi apa pun rilek dulu, pusing2 tinjau2 Pulau Besar ni. Sebelum ini ada event ke Pulau Besar tapi tak berkesempatan pergi, kali ni memang rezeki aku dapat pegi sini plus dengan berkayak lagi.





Sampai je suma terus berendam laut, lama giler tak jadi kanak2 mandi laut, nyaman tol.











Ini antara chalet untuk bermalam di sini , selain daripada chalet di sini terdapat juga tapak khemah untuk korang bercamping kat Pulau Besar ni. Bagi aku kalo bercamping dalam group dan ada aktiviti kira ok kat sini tapi mungkin bagi sebilangan besar orang tidak kot sebab takde apa-apa yang boleh dilakukan sangat di sini , daripada permerhatian agak lengang di sini , time datang sini pun kedai pun tak banyak yang buka jadi takde pilihan makanan maka bersiap sedia la bawa makanan sendiri kalo ada impian hendak ke sini. Cuma nya sini banyak peninggalana sejarah, untuk explore mengenainya sangat menarik.





Dalam pukul 1.30 petang kami dah mula bersiap sedia hendak kayuh pulang ke muara semula, time ni la kekuatan mental diperlukan sebab time ni badan pun dah mula rasa letih ditambah lagi dengan keterikana panas di tengah laut.




Sememangnya kami suma hebat2  sampai di Muara dalam pukul 4 lebih petang. Time ni la rasa nak cium tanah dah sampai dan juga selesai misi Kayak Laut.





ABOVE PHOTOS CREDIT TO KHUSHAIRY , PUTREE SYAMIRA , MYRA

Lepas bersihkan diri kemas barang dalam pukul 5 aku menuju ke homestay member cycling, kebetulan diorg ada kat sini lepak dan bermalam dengan dorg kt homestay dorg dalam masa yang sama ronda2 Melaka ni, menikmati Coconut blended yang nyaman dihirup di kala panas terik.

Akhir sekali di bawah ni beberapa tips bagi mereka yang ingin cuba berkayak di masa akan datang.

1) Digalakkan memakai pakaian dan kasut yang bersesuaian untuk berkayak
2) Digalakkan bawak sun glasess takut ada yang tak tahan silau matahari
3) Boleh bawak sun block kalo takut kulit hitam
4) Boleh pakai topi..kalo nak jagan muka.. 
5) Digalakkan bawak energy bar atau yang sewaktu dengannya sebagai makanan tambahan untuk tenaga. Nk bwk burger bakar pon boleh,terpulang anda.
6) Ubat-ubatan persendirian (kalau perlu)


Credit to Putree Syamira.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...