Teluk Mak Intan Oh Telok Anson..... Kayuhan CNY ni adalah kali kedua ke Teluk Intan dan kami kembali untuk merempuh Dataran Udang Galah selepas kekecewaan untuk berkayuh ke Satun, Thailand tidak kesampaian. huhuhuhuhu. Asalnya agak frust, bukan agak tapi memang frust tapi aku sentiasa percaya everything happen for a reason. Kalo gi Satun hari tu mungkin pakai banyak duit berbanding cuma ke Teluk Intan dan aku takkan jumpa satu event yang dah lama aku nantikan selama 5 tahun dan memerlukan bajet yang agak tinggi. Alhamdulillah..
Seperti biasa kitorg suma yang join kayuhan Mak Intan ni berkumpul di kampung Wak Rahim di Sabak Bernam. Selepas keje pukul 6:30 petang tu aku dah start the engine menuju ke rumah Wak Rahim di Kampung Perepat bukan jamu perapat ye. Yang pasti kami melantak Nasi Arab dulu , tak ingat nama kedai tu , hari tu dah ingat bila nak taip ni lak leh lupa. Bersama Kak Ija , Wak Rahim, Kak Elisah dan Bang Irwan kami melantak selantak yang mungkin sememangnya kami kebulur dan kelaparan.
Burrpp.. Alhamdulillah selesai sudah makan style Arab, kami terus menuju ke kampung Wak Rahim di Sabak Bernam. Sampai di Sabak Bernam lebih kurang pukul 12:45 tgh malam tak silap. Sampai-sampai solat kuarkan basikal and get prepared untuk esoknya. Aku , King @ Raja Hassan, Atok & Wife , kami bermalam di Kampung Wak Rahim , Bang Irwan dan Kak Elisah pulak akan datang esok paginye juga Bang Syaaban dan En Mat, Azmir Wahit dan Wak Jan.
Tepat pukul 6 pagi tersedar , golek2 kiri kanan sikit then bangun mandi dan Solat Subuh. Apa yang kuharapkan pagi tu , kayuhan ni dapat melupakan kedukaan tidak dapat kayuh ke Satun. Lebih kurang nak dekat pukul 9 pagi rasanya kami mulakan kayuhan sebab tunggu Wak Jan yang masih dalam dilema. hehehehe.
Dari Sabak Bernam kami akan melalui Hutan Melintang lebih kurang dalam 50km (ikut firasat je sebab takde meter) dan dari Hutan Melintang tu hanya ada beberapa kilometer je untuk sampai ke Teluk Intan lebih kurang 10 km . Sesampai di Bandar Teluk Intan kami terus menuju ke JTC bike centre untuk berehat , parking basikal dan persiapkan diri untuk sembahyang jumaat dulu. Selesai sahaja solat kami berkayuh untuk makan tengahari di Restoran Nasi Lambai tapi sayangnye tengok2 hanya tinggal kuah2 ayam goreng dan telur masin je lauknya , tapi apa pon alhamdulillah ada jugak makanan untuk kita makan.
Aku ni bukan peminat makanan dari Restoran mamak jadi rasanya biasa je bagi aku yang speselnya bagi panggilan Nasi lambainya mungkin bagi orang lain sangat sedap .
Solat sudah makan pun sudah kitorg dah tak tau mana nak pegi , kalo ada hotel kami dah balik hotel tapi kami tak dapat booking hotel walaupon ada banyak hotel sebab dah full sempena CNY , nak tak nak kena cari alternatif lain untuk bermalam . Oleh itu kami cuba riki kat River Front Teluk Intan untuk tengok2 kawasan, dengan melihatkan tempat tu yang tandas pon hidup segan mati tak mau kami beralih arah ke Masjid dengan meminta kebenaran orang kebenaran untuk bermalam di situ. Kebanyakkan daripada kami buka khemah dan bentang di kawasan masjid dan memang kena pakai khemah punya banyaknye nyamuk situ.
Tetapi sebelum kami tido , untuk dinner menu wajib bila dah sampai Teluk Intan harus lah pekena udang galah bakar di Restoran D'tepian Sungai area Dataran Udang Galah. Untuk tidak menghampakan bagi sesapa yang mengidam nak makan udang galah bakar , wajib bagi kalian untuk order melalui telefon dahulu jika tidak harapan la nak dapat udang galah sebab cepat habis. Harga udang galah time CNY hari tu RM70 sekilo kalo waktu biasa RM60 je. Tau-tau sampai je kitorg hidangan siap dengan cepat tak yah menunggu lama2. Malam2 tu masing2 suma selera besar, makan takmo kalah, hahahaha... tapi udang galah bakar nya memang terbaik bagi aku, rasa bakarnya bukan bakar biasa kalo makan terasa nikmat yang berbeza makan udang galah bakar biasa. Selain udang galah dorg pon ada natang lain untuk dijadikan santapan korg.
Lepas perot pon dah kenyang dengan suka hati kami ke Bandar teluk Intan, tapi silap la ... timing salah dataran Menara condong penuh dengan gerai2, mengganggu pengunjung yang ingin mengambil gambar berlatarkan menara condong . hampa sungguh..... lepas dekat sejam kami pun dah buntu tak tau nak buat apa kat bandar Teluk Intan ni kami pun balik lah untuk tido.
Seawal pukul 5 pagi aku dah terjaga dan duduk sebentar kt dalam khemah tu then dah rasa sedar betul2 gi persiapkan diri untuk solat dan mulakan kayuhan selepas tu. Sebelum kami pergi lebih jauh perjalanan , pastinya sarapan adalah wajib dan Gerai Chah Sabar Menunggu menjadi pilihan kitorg dan menu yang biasa order ialah Mee Kicap dan Teh Tarik , Sup Mee Kicapnya memang sedap dan Teh Tarik nye antara yang aku paling suka, aku bukan la peminat Teh Tarik tapi bila aku datang Teluk Intan aku tak miss order teh tarik sebab memang ikut selera aku , rasanya tak manis dan tak tawar, rasanya memang sedap2.
Selesai sarapan kami menuju ke jeti bot penambang di bandar Teluk Intan untuk menyeberangi sungai. Start seberang sungai kami akan terus menuju ke Teluk Batik. Sememangnya menaiki bot bersama basikal pengalaman yang paling syok sekali, bila di bandar asik dengan kereta , motor kdg2 tu rasa rimas suma tu dan perlu perubahan sekejap.
Ke Teluk Intan kami melalui kawasan sawah padi dan laluan offroad, untuk basikal tayar halus mcm aku ni agak seksa untuk berkayuh sentiasa kena alert takut2 terlanggar batu mau jatuh. Dan juga sentiasa kena perhatikan skru pannier rack sebab boleh tercabut sebab gegaran sewaktu laluan offroad.
Kami melalui kampung lekir batu 9 dan selepas tu singgah di Pasir Salak di kawasan Muzium. Di sini korg boleh melawat keunikan rumah-rumah lama di negeri Perak dengan bayaran yang murah. Tapi untuk bawa basikal boleh cuma kena tolak tak boleh kayuh.
Lebih kurang dalam pukul 2.45 petang kami bertolak semula menuju ke Teluk Batik ikut jalan besar. Time ni aku dah mula pewai ditambah mengantuk dan letih yang amat bangat, sangat slow aku kayuh time ni sentiasa ketinggalan, lama jugak tak kayuh jarak jauh.
Sememangnya satu azab untuk aku teruskan walaupon rasa macam dah tak larat sangat dah tapi disebabkan aku bukan jenis suka buat kerja separuh jalan aku gagahi jua untuk menghabiskan dan enjoykan diri.
Kami tiba di Sri Manjung waktu Maghrib, kira dah mula gelap jadi masing2 bersiap sedia dengan lampu menerangi jalan supaya orang dapat alert yang ada cyclist tengah berkayuh.
Sampai je hampir di Teluk Batik , panjang beratur kereta dari simpang tiga traffic light hingga sebelum Teluk Batik, Fuhhh... punya ramai orang nasib baik kami naik basikal jadi lalalalala je la mencelah.
Tiba kami di Teluk Batik lebih kurang pukul 8:45 petang , Kak Elisah dah tunggu di tempat khemah. Disebabkan time tu CNY , ramai pulak yang berkhemah jugak.
Kemudahan di sini agak memuaskan dengan bilik mandi dan toilet dikenakan bayaran 50 sen ke RM1.00. Di sini ada 3 area bilik mandi, 2 area bilik mandi biasanye pukul 12 tgh malam dah tutup tetapi satu lagi area bilik mandi 24 hours buka jadi jangan riso la kalo terasa nak membuang sebab ada bilik air yang buka.
Walaupon malam tu agak riuh rendah dengan mat rempit dan bising karnival tapi aku masih mampu tidur dengan lena jugak la sebab sangat keletihan dan aku memerlukan tenaga esoknya.
Pagi esoknya iaitu last day berkayuh balik aku terjaga pukul 4.50 pagi sebab tiba2 lak meragam perot ni. Alih2 terus bangun tak tido2 sehingga time packing nak balik, kami sarapan sikit dulu untuk alas perut dan kami bertolak pukul 8:15 pagi terus menuju ke Sabak Bernam dan ia perjalanan yg agak jauh.
Dalam perjalanan , di Lumut kami singgah di Restoran Vanggey dan ini la restoran yang selalu aku dengar, kami tapau untuk makan waktu singgah lunch nanti. Rasa nasi Vanggey ni takde apa yang istimewa bagi aku biasa je mungkin sebab aku bukan peminat makanan mamak .
Sempat jugak lah kami singgah beli ikan kering, barang hasil2 laut dan yang pasti aku hendak terus menuju pulang. hehehehehe...
Di kayuhan terakhit biasa la ,mood untuk mengambil dah takde sebab melalui kawasan yang sama jadi di sebabkan tempat yang sama tak perlu la ambil. :p
Beberapa perkara yang perlu di ambil berat bagi aku semasa berkayuh jarak jauh mungkin bagi sesetengah orang. Bawa la Eno , air yang secukupnya sebab bila cuaca panas memang haus memanjang dan cepat letih, bawa extra skru pannier rack sebab kita tak perasan benda leh longgar dan tanggal , lampu basikal kena terang , rantai basikal juga penting untuk keselamatan.
BELOW PHOTOS CREDIT TO :
RAJA HASSAN, IRWAN JAMINGAN, IJA ZAHRI, ELISAH MISLAL