Penantian lebih kurang 5 tahun, daripada planning dengan member-member , clash dengan event lain, cuti tak cukup, bajet takde ... finally 10 Mac 2014 aku dah menjejakkan kaki ke Kota Kinabalu untuk trip hiking Gunung Kinabalu dan White Water Rafting di Sungai Padas tercapai . Kebanyakkan aku jumpa event meka-meka hanya buat trip hiking Gunung Kinabalu sahaja jadi tak menarik minat aku untuk join sebab dah alang-alang jauh datang dari Kolumpo baik diisikan sepenuhnya dengan aktiviti yang menjadi igauan outdoorian. :p
Pada awalnya tak terpikir dan planning untuk hiking Gunung Kinabalu pada tahun ni tapi planning untuk kayuh ke Satun Thailand pada CNY lepas dibatalkan membuatkan memaksa diri mencari trip lain untuk menggunakan bajet Satun yang tidak digunakan, sebelum habis ke tempat lain. Maka mencari dan mencari terjumpa la di page Red Top. Time tu mmg teruja habis sebab package yang dorg buat itu yang aku nak. Maka sepantas kilat sabung menyabung aku bertanya dengan organizer nya iaitu Pija Ayob tentang kesahihan harga pakej iaitu RM1400++ sebab ianya sangat murah termasuk flight pergi balik, penginapan, makan minum, hiking gunung kinabalu dan rafting.Maka dengan keyakinan yang jitu aku terus bayar deposit dengan tak pikir panjang sebab bukan peluang mcm ni selalu datang.
Sebelum hari kejadian memang agak penin awalnya nak prepare barang untuk trip ni jadi agak banyak blog orang lain yang pernah daki Gunung Kinabalu aku baca, jadi akhirnya aku decide untuk membawa... :
i) Beg hiking 65 liter ( itu je beg hiking yg aku ada)
ii) Beg pack sekolah biasa (sebab ringan untuk di bawa dari mesilau ke Laban rata )
iii) Pakaian 5 helai
- Hari pertama : Pakaian biasa (t-shirt dan jeans) ke airport dan tido malam
- Hari Kedua : Pakaian Basah untuk rafting (Seluar dan t-shirt) dan pakaian untuk ke Mesilau (Seluar panjang dan T-shirt)
- Hari Ketiga : Pakai pakaian hari kedua dan pakai pakaian untuk ke puncak (Seluar panjang dan lengan panjang) terus sebelum tido.
- Hari Keempat : Pakaian ke puncak dan tak yah tukar untuk turun ke Timpohon gate dan pakaian
(T-shirt dan seluar)bila dah sampai Lodge kat KK
- Hari Kelima : Pakaian balik
**Note : Tapi tak yah riso sangat kalo rasa tak cukup pakaian sebab bila di KK banyak kedai boleh
cari kalo nak beli pakaian.
iv) Seluar Tight untuk pakai bahagian dalam
v) Sweater tebal (jangan terlalu tebal sangat, cukup utk memanaskan badan bagi diri)
vi) Glove (kallo ada kalis air is better)
vii) Snow Cap ( at least leh tutup telinga bila angin sejuk meniup)
vii) Face mask ( untuk menutup leher bila angin sejuk meniup dan juga mengelakkan bibir kering tapi bergantung kepada individu tu sendiri,walaupon aku pakai pada awalnya tapi x sampai
1/2km aku dah buka sebab aku tak dapat bernafas sangat bila pakai)
viii) Stokin
ix) Kasut (Bergantung kepada ketahanan kaki memasing, aku cuma pakai kasut tapak lembut je sebab itu
yang je yg aku ada , nak beli baru semata2 lari bajet lak kang, kalo nak pakai kasut getah pon xde
masalah)
xi)Sleeping bag
xii)Hotpack
xiii) Headlamp
xiv) Tuala
xv) Baju Hujan/Poncho (Beli kat 7E je)
xvi)Extra Battery untuk kamera dan headlamp
xvii) Kamera (semestinya kena bawa )
xviii) Makanan (coklat, power bar, air)
Setakat ni di atas adalah barangan asas, yang lelain terpulang kepada korang la.
Pada 10 Mac 2014 tu flight aku bersama Air Asia pada pukul 7:45 pagi , aku gerak awal dari rumah dalam pukul 3:30 pagi dah menuju ke sana. Awal pagi, jalan raya lengang jadi sampai cepat ke LCCT. Sesampai je aku lepak McD menunggu rakan yang lain yang tak pernah aku jumpa Mama, Bell, Nik dan Kak Zai, di sini lah pertemuan pertama kami yang sesama sendiri tak ketemu sebelum ni hanya sekadar di whatssapp. Alhamdulillah , disebabkan aku dah biasa wat keje cmni jumpa orang tak pernah jumpa jadi takde rasa kekok sangat untuk berkomunikasi , dan juga rakan-rakan yang baru aku jumpa ni pon tak de masalah suma sempoi dan boleh ngam dari yang tua sampai ke muda. Total yang join trip ni 8 orang , aku jumpa 4 yang lain di airport dan 3 di Kota Kinabalu.
Kami sampai di Airport Kota Kinabalu lebih kurang pukul 9:45 pagi dan terus ke Kaunter Tiket Bas RM5 untuk menaiki bas menuju ke perhentian area Horizon Hotel di Bandar KK. Dan di situ lah pertemuan kami dengan 'Ustaz' Baha Din selaku tourist guide kami.. hehehehehe :p. Sampai je di perhentian tu kami terus ke Summer Lodge di mana tempat kami menginap dengan harga RM25 sekepala. Summer lodge ni aku tak pasti boleh dikategorikan lodge berbintang ke atau tak tapi cukup la sekadar boleh bermalam di sini but still ada wifi ye.
Sampai je bilik ,kemas kemas kemas , keluar la dengan Baha mamam untuk mengisi perot yang kosong dan balik semula ke bilik tido sampai ke petang disebabkan kemengantukan melampau bangun terlalu awal untuk ke airport pagi tadi
Lepas je sembahyang asar kami semua keluar berjalan tour bandar Kota Kinabalu sebelum makan malam seafood di Pasar Filipina. Malam tu kami suma seafood loading mendapatkan tenaga untuk berafting esoknya melawan arus sungai.
Seawal 4:00 pagi kitorang dah bangun untuk bersiap sedia berafting. Van yang akan membawa kami ke Stesen Beaufort datang seawal pukul 5:30 pagi kerana perjalanan ke sana mengambil masa selama 1 jam setengah . Sampai di Beaufort kami menaiki keretapi untuk ke pangi selama lagi 1 jam setengah . Sementara menunggu train bergerak kami bersarapan di stesen beaufort. Tambang menaiki keretapi ni RM4 sehingga ke Pangi dan aku tak pasti ia fixed atau ada rate mengikut destinasi.
Guide rafting kami dijaga oleh Max dari BUSAT (Borneo Ultimate Sport Adventure Tours) rupanya selain daripada kami ada yang lelain join untuk berafting , memang ramai dan meriah time tu. Syok giler bila tengok banyak bot-bot kat sungai padas tu. Dan aku memang teruja sebenarnya dalam hati ni walaupon tak nampak , ini yang aku tunggu-tunggu , dan di Sungai Padas adalah rafting yang kali kelima aku buat selepas di tempat-tempat lain jadi nak merasa camna situasinya sebab ramai yang cakap syiok rafting kat Sungai padas.
Pada malam sebelum rafting ada beberapa panggilan mengatakan mungkin tak dapat rafting di Sungai Padas sebab berlakunya landslide dan menyebakan track keretapi terputus , jadi dorg bagi pilihan untuk rafting di Sungai Kiulu. First time aku tau ada tempat rafting lain selain Sungai Padas, asalnya agak macam ok la.. asalkan dapat rafting kira baik la . Then beberapa jam lepas tu dapat tau yang rafting di Sungai Padas dapat diteruskan. Weeehhoooo.. jerit happy dalam hati je la.. kang over lak kalo jerit bebetul. hehehehe
Keretapi mula bergerak pada pukul 8:15 pagi , memang old skool giler keretapinya macam berada dalam filem tamil. Setengah jam lepas tu keretapi ni berhenti dan kami disuruh turun dan berjalan kaki melalui track terputus ke seberang track untuk menaiki tren yang lain, menunggu tren satu lagi sampai je dah dekat setengah jam atau lebih, time tu dah pukul 9:45 pagi ada lagi dekat sejam untuk sampai ke Pangi. Apa pon memang ohsem pengalaman ni, bukan selalu dapat wat cmni.
Agak letih jugak naik keretapi ni dengan goyang kiri goyang kanan tempat duduk keras cam besi dan kena menunggu lagi sejam untuk sampai ke starting point rafting memang mental. Di pertengahan perjalanan, tren stop di chalet/pondok mengikut group memasing untuk salin baju , simpan barang berharga di satu tempat. Jangan risau sekiranya korang bawa dompet, telefon, kamera dslr sebab ada tempat penyimpanan disediakan oleh mereka dan tempat itu berkunci untuk keselamatan,itu lebih baik daripada bawa bersama time rafting sebab mereka tidak akan bertanggungjawab terhadap kehilangan atau kerosakan barangan korang. Selepas itu kami menaiki semula train, untuk ke tempat penyimpanan alatan rafting seperti jaket keselamatan, helmet iaitu di Pangi dan di sinilah starting point rafting kami.
Kitorang dapat satu bot jadi happening la jadinya, alhamdulillah semua join rafting even pada awalnya ada yang takut , tak pernah naik.. akhirnya teracun jugak. kekekeke..
Seperti biasa kami diberi briefing keselamatan dan pengendalian rafting ni oleh Max, bagi aku slang English Max memang hebat. Lepas briefing kami berjalan menuju ke sungai dengan rasa tak sabarnya.... dah lama ku menanti.
Finally kakiku dah jejak ke dalam bot rafting dan mula mengayuh di air tenang pada peringkat awal dan selepas beberapa minit berjumpa la dengan rapid pertama yang dorang panggil head hunter dan seterusnya rapid snake head, scooby doo, washing machine, merry go round dan anaconda, setakat ni itu je yg aku ingat. Walaupon musim agak kering sekarang ni dan level arus ni dikategorikan low tapi bagi aku boleh katakan still awesome nak dicomparekan dengan lagi 5 sungai yang aku dah cuba....iaitu Sedim, Slim, Jeram Besu dan Kampar. Boleh dikatakan gabungan 5 sungai ni bersamaaan dengan Sungai Padas walaupon low level. Kalo High level tak tau la camna mesti lagi sangat sangat sangat awesome tapi bukan rezeki aku time ni , tapi apa pon aku puas hati giler sebab sini banyak rapid/stream dan pengalaman pertama aku tak leh lupa aku cuba buat 'body rafting', fuhhhh... sebelum aku terjun ke dalam sungai tengok dr jauh air mcm biasa je... bila dah dekat, Ya Allah hanya Tuhan je tau betapa struggle nya aku dalam air hahahaha... tiba2 air deras depan aku dan aku meluncur laju dalam air deras tu, time tu memang agak panik sebab aku dah hilang kawalan sekejap. sigh.... tapi alhamdulillah segalanya selamat. Aku tak boleh nak marah ke apa kekekeke.... sebab aku nak sangat cuba, nah ko ambik.. tapi memang rasa puas bila dapat cuba 'body rafting' cuma lepas ni kalo nak wat lagi kena tau teknik especially pernafasan, kalo time di tempat deras tiba2 air dah masuk dalam mulut memang naya, takut tak dapat bernafas yang tu la leh menyebabkan lemas.
Disebabkan aku bawa extra pakaian, lepas makan aku gi mandi kat shower room yang disediakan, kalo korg tak bawa pon x pe dengan cuaca yang panas terik dah memadai mengeringkan baju korang. Lagipon time balik akan naik van yang disediakan. Gambar water rafting dorg jual RM150 satu CD yang penuh dengan gambar mengikut group , yang aku nye ada 123 keping gambar. Jadi kitorang pon tong tong duit , bukan selalu nak dtg sini dan rafting sini daripada nyesal baik beli.
Daripada Pangi ke stesen Beaufort sampai pukul 4:00 petang dan kami terus naik bas yang disediakan untuk pulang ke Kota Kinabalu dan mengambil masa 1jam setengah . Lebih kurang pukul 6:00 petang kami dah sampai di Summer Lodge tempat kami menginap di Kota Kinabalu dan packing suma barang kami untuk bertolak menaiki van lain pula ke Mesilau. terpaksa kami beli makanan bungkus takut-takut tak sempat nak mamam dan berlapar nanti.
Pukul 6:45 petang kami suma dah naik van dan menuju ke Mesilau, jalan ke untuk ke homestay kami di Mesilau sungguh jauh macam nak naik ke cameron rasanya, dengan sejuknya, nyaman giler... kami menginap di Artemis Mesilau House dengan harga RM150 satu rumah.
Dalam perjalanan ke Mesilau kami sempat berhenti pekena air panas dulu di gerai makan tepi jalan..ada kedai rupanya ingatkan takde , tu yang beli makanan awal2 takut takde dan tak sempat nak makan. Lepas je habis minum kami sambung perjalanan ke Artemis Mesilau House dan sampai situ dalam pukul 9 malam, hanya kami je tau betapa sejuknya time sampai di Mesilau. Kalau ikot itinery kami akan pegi nonton Bamboo dance tapi disebabkan memasing dah penat dan melekit2 lepas rafting , kami suma balik ke Homestay terus membersihkan diri dan persiapkan barang untuk esok di mana bermulanya hiking kami.
Pukul 3 pagi aku dah terjaga tapi aku masih baring-baring sebab masih awal dan tengok suma orang pon belom bangun jadi sambung tido sampai pukul 4.30 pagi, time tu aku terus bangun , bersihkan diri dan berkemas untuk ke Mesilau Gate. Pukul 6 pagi kami suma dah siap untuk bergerak gi sarapan dulu di gerai depan jalan sambil menunggu Hiking Guide kami iaitu Saah . Cuaca walaupon sejuk , aku masih boleh menahan kesejukananya tanpa pakai sweater sebab diberitahu time hiking nanti akan rasa panas jadi malas pulak nak buka dan simpan dalam beg jadi aku terus letak kat beg je sweater aku.
Pukul 8:15 pagi kami bertolak menuju ke Mesilau Gate untuk perjalanan hiking kami. Mendaki Gunung Kinabalu di sini terdapat 2 route utama yang biasa pendaki guna iaitu Timpohon dan Mesilau.
Sebelum kami mula mendaki, kami perlu ke kaunter untuk check diri dan diberi tag nama sebagai pengenalan diri dan kami diberi briefing oleh guide kami iaitu Saah dan makanan juga diberi iaitu epal, nasi dan air mineral untuk lunch semasa dalam perjalanan kami.
Timpohon jaraknya pendek saja dan viewnya pon biasa2 je tetapi Route Mesilau jaraknya jauh 2 km compare dengan Timpohon dan view Mesilau route sa.....ngat la menarik. Walaupon mental dan jauh ikot mesilau tetapi berbaloi dengan banyaknye view yang cantik. Sebelum aku pergi trip ni dan tak merasa sendiri hiking sini, orang kata ikut Mesilau ni lebih mudah berbanding Timpohon sebab Timpohon banyak tangga, dan ia sangat lah tak betol bagi pendaki yang suci dan naif macam aku. Bagi aku yang dah merasa sendiri lalu route Mesilau ni, ia lebih mencabar ,pada awal 2.5 km perjalanan tu landai ditambah dengan view yang cantik tetapi selepas 3km bentuk muka bumi di Mesilau Route dan mula mencanak naik dan menaik, time ni apa yg perlu kami kuatkan adalah mental.
Bagi sesapa yang masa mendaki dan terasa nak membuang tak perlu risau sebab setiap checkpoint/pondok disediakan tandas. Jadi buang la sepuas hati.
Perkara biasa pada peringkat awal perjalanan langkah tu laju je.. then lama-lama slow dan slow.. pastu setapak-setapak. Asalnya target nak sampai pukul 4-4.30 petang tapi tak kesampaian , aku sampai pukul 5:30 petang ke Laban rata. Fuhhh.. nasib baik sempat sampai sebelum gelap. Sampai je rest kat Resthouse Laban Rata terus cari tempat duduk, makan sebab cafe akan tutup pukul 6:30 petang, jadi kira nasib baik sampai awal dapat makan dan dalam masa tu dapat ambilkan makanan kawan2 yang lain sekiranya lambat. Nasib baik dpt booking dan check in dorm kat Laban Rata untuk group ni sebab ada member Syafik yang sampai lebih awal dari aku dan Mama Dido Jungle. Sesampai je kat cafe laban rata , memang teruja sebab aku dah sampai sini akhirnya ditambah kemeriahan pendaki-pendaki dari luar negara dan yang penting tengok keindahan panorama dari Laban Rata betapa besar dan indahnya ciptaan Tuhan.
Lepas makan aku sempat jugak la naik ke dorm untuk bersihkan diri tapi seminit je aku mandi sebab airnya terlalu sejuk dan heaternya lak rosak. Brrrrrrr la jadinya... tapi lega bila dah rasa bersihnya diri . Lepas tu aku turun balik ke cafe untuk get ready amikkan makanan untuk member-member yang tak sampai lagi. Pukul 8:10 petang baru lah nampak batang tongkat memasing masuk kedalam cafe, tengok muka dorg dah tau betapa mental nak naik ke Laban Rata hehehehehe... Ada yang berair mata , tak pasti nangis ke , sedih ke, hepi kegembiraan.. hehehehehe
Aku duduk sekejap dengan dorang , borak2 pengalaman hiking waktu gelap then aku naik masuk dorm dulu sebab dah mula rasa kepenatan tapi sebelum tido nak kena packing dulu barang yang nak di bawa bersama ke puncak. Tak banyak mana pun cuma air, coklat, kamera of coz, telefon hmmmm tu je la... Pakaian lak aku dah siap pakai dan tido ngn pakaian tu bila bangun je kira dah ready la. Alhamdulillah , kitorang dapat dorm yang rasa hangat jadi time tido takde la kesejukan.
Pukul 9 pm je aku dah siap packing jadi lepas tu aku cuba melelapkan mata, walaupon rasa penat mendaki pagi tadi masih rasa susah nak tido. Pusing badan sana, sini , menegak, meniarap, tido-tido ayam la jadinya. Merasa betol-betol tido ada la sejam then terjaga pukul 12:00 tengah malam, pusing kiri , kanan, atas, bawah still tak dapat tido lena sampai la pukul 1 pagi, aku bangun terus je la. Kami kena start gerak pukul 2.30 pagi jadi pukul 2 pagi kami dah turun ke cafe untuk sarapan dulu.
Sorang dua orang tiga orang enam orang dua orang empat orang datang ke cafe untuk bersarapan sebelum start mendaki, mau menggigil badan lapar nanti kalo mendaki dengan perot kosong. Tepat pukul 2.30 pagi Saah guide kami dah panggil supaya kami bersedia di luar cafe dan briefing dulu. Pung pang pung pang kami start bergerak dalam pukul 3 pagi dan bermulalah perjalanan kesejukan kami menuju ke puncak. Asalnya aku pakai face mask konon tak nak bagi sejuk leher tapi lama-lama rasa rimas lakdan tak leh bernafas rasanya jadi aku buka dan jadikan snowcap je baru lah dapat bernafas dengan baik cuma terpaksa tahan bibir kesejukan dan kering. Tapi sekiranya korang mampu tutup , better korang tutup sebabnya takut korang tak dapat bersuara sangat bila sampai di atas seperti yang berlaku kepada aku, dan terasa sakit tekak ni.
Pada awal perjalanan agak payah gak, rasa penat je mungkin belum panas lagi rasa badan ni dan rasa berat je nak gerak, lama kelamaan baru lah rasa lancar . Dengan keadaan gelap, yang cuma boleh nampak lampu-lampu kepala para pendaki yang menyuluh pendaki lain. Permulaan je dah menaik ke atas dan pertengahan menaik juga dan seterusnya menaik jugak.. menurun memang takde la.....
Di awal pagi tu bila tengok langit memang indah dengan bintang-bintang yang berkerlipan dan bulan yang menerangi jalan. Lama aku dah tak nampak suasana langit camtu , action cam drift aku tak mampu nak rakam sebab terlalu gelap. Dalam keadaan gelap cmni yg aku lebih nampak susunan lampu kepala yang bergerak-gerak.
Pada mulanya banyak menaiki tangga tak kira la batu asli , tangga biasa, tanah selepas tu keadaan dah mula berubah dengan memanjat menggunakan tali pulak. Adeh.... time ni kira dah mula penat dah tapi terpaksa gagahi juga kerana kalo aku stop orang belakang pon akan stop jadi akan menghalang jalan, adakalanya aku paksa diri aku dan adakalanya aku bagi laluan kepada mereka jalan dulu.
Sampai di Sayat-Sayat Checkpoint kami kena menunjukkan ID kami kepada renjer di pondok sana supaya mereka tahu yang kami dah melepasi check point tersebut. Seelok-eloknya sampai Sayat-sayat sebelum pukul 5 pagi, sekiranya selepas pukul 5 pagi baru sampai di checkpoint ni, mungkin tak dapat teruskan tetapi itu bergantung kepada budi bicara dengan renjer kat sayat-sayat tu.
Sesudah melepasi Sayat-Sayat Checkpoint aku meneruskan perjalanan menuju puncak dan aku dapat lihat di dalam keadaan yang gelap hanya batu-batu sahaja dan ini bermakna aku sudah berada si peringkat paling tinggi cuma belum di puncak. Setapak demi setapak aku jalan, kadang-kadang tu setengah tapak setengah tapak. Adakalanya aku dah nak putus asa bila pikirkan masa dan rasa macam tak sempat sampai. But NEVER GIVE UP , dah target sampai puncak pastikan sampai dan RM1400++ dah dihabiskan ke sini maka kena pastikan ia berbaloi selagi tidak memudaratkan. hehehehehe
Dalam perjalanan aku dah mula nampak matahari mula terbit dengan langit keorenan, time tu agak sedikit frust sebab tau aku memang tak sempat sampai sebelum terbit , walau cmnapon aku teruskan jugak sebab aku dah mula nampak cahaya kelip-kelip di puncak iaitu cahaya lampu kepala para pendaki.
Langit mula menerangi puncak gunung sikit-sikit sehinggalah terang dan time aku tergamam kejap melihat view dari puncak dan keliling. Bila tengok belakang aku masih ada lagi pendaki-pendaki yang masih tak putus asa meneruskan perjalanan ke puncak.
Tepat pukul 6:45 pagi finally aku dah sampai ke puncak dengan jayanya. Time ni aku nak bersuara pun susah sebab tekak aku sakit mungkin sebab angin sejuk time tu dan aku pun tak tutup mulut, bibir aku lak kering giler. Time berada di puncak hanya sempat beberapa minit untuk mengambil gambar sebab ramai lagi dibelakang nak ambil gambar jadi cukup lah sekeping dua , yang penting bukti sudah berada di puncak. Yaahooooo.....
Dalam perjalanan turun balik, berjumpa la dengan Kak Zainah, wah memang aku impress giler dengan kak Zainah kuat tul semangat dier untuk sampai ke puncak termasuk Mama Dido, wanita perkasa dorang tu walaupon umur 40an dan 50an tenaga mengalahkan orang muda. Dalam masa tu juga la aku tak lepaskan peluang ambil sepenuhnya gambar view dan rakam di puncak kinabalu sampai la turun ke laban rata. Aku ingatkan naik susah rupanye turun pun payah jugak jadi tahan je la.
Aku start turun dari puncak pukul 7:10 pagi dan sampai di Laban Rata Resthouse pukul 8:40 pagi , kira cepat lak bila turun cuma menahan la kaki ni. Aku turun cepat takut cafe tutup pukul 10:30 pagi , kang bila lambat tak dapat makan kang jadi berlapar lak bila turun ke Timpohon gate. Sambil menunggu Kak Zainah dan Mama Dido , aku ngn Syafik yang turun sekali melantak puas-puas sebab kelaparan di meja balkoni sambil lihat suasana dr atas cafe. Nampak jugak la orang buat trip via ferrata time tu, teringin lak tapi tengok keadaan dan keinginan kemudian hari.
Lama gak menunggu Kak Zai dan Mama Dido jadi kami naik dorm dulu berkemas sebab kena check out sebelum pukul 10.30 pagi kalo tak dorang akan charge selepas waktu tu. Daripada kami berkemas sehingga turun ke cafe balik masih tak sampai mereka berdua dari puncak, agak risau jugak time tu jadi kami pun menunggu dan menunggu sehingga pukul 10:30 pagi baru la nampak kelibat dorg rupanya dok bergambar lama di atas. hahahaha... kalo sesapa berada di atas tu pun akan rasa sayangnye turun awal tanpa bergambar sebenarnya, bukan selalu dapat naik keatas tapi yang penting dorg selamat sampai.
11:15 pagi kami dah mula ready untuk bergerak ke Timpohon gate melalui Timpohon route. Kiranya aku dapat melalui dua laluan ke sini, jadi benarlah yang disaran orang better naik ikot mesilau turun ikot timpohon. Aku dan Syafik sampai di Timpohon gate pukul 3 petang , sementara yang lain masih dalam perjalanan ke bawah. Jadi kami terus menaiki bas/van ke Kinabalu Park menunggu dorg di sana. Bayaran yang biasa dorg kenakan RM4 dari Timpohon gate ke Kinabalu Park tapi nasib menyebelahi kami, naik free je. Dari Timpohon gate ke kinabalu park tu jauh jugak rupanya ingatkan jalan kaki dah boleh. hehehehe... sampai je kat Kinabalu Park kami terus ke ofis untuk dapatkan sijil pencapaian kami dengan bayaran RM12 bagi yang berada di puncak dan RM2 yang tak berjaya di puncak. Bagi yang ikut mersilau akan dapat dua sijil iaitu sijial via mersilau ke puncak dan sijil sampai puncak yang berwarna.
Nasib baik situ ada surau dapat la kami berehat dulu sementara menunggu yang lain sampai. Barang-barang kami yang ditinggalkan di Artemis Mesilau House akan dibawa ke Kinabalu Park oleh owner rumah tu dan van yang akan bawa kami ke Kota Kinabalu pun akan jemput kami di situ. Pukul 4:30 petang suma orang dah sampai di Kinabalu Park dan kami berkemas dan makan dulu sebelum bertolak ke Kota Kinabalu untuk berehat dan berjalan di waktu malam pada malam terakhir bersama. Sedeh lak rasanya sekejap je rasa trip ni tapi ia sangat berbaloi dan enjoy walaupon pelbagai masalah dan rintangan yang dihadapi tapi alhamdulillah suma tu dapat ditangani dengan baik sesama kami.
SUMMARY
Day 1 – 10 Mac 2014
0725 - Depart from LCCT
0945 - Reach Kota Kinabalu
1000 – check in summer lodge
1600 - Jalan-Jalan KK
2000 - Makan-Makan Seafood
0725 - Depart from LCCT
0945 - Reach Kota Kinabalu
1000 – check in summer lodge
1600 - Jalan-Jalan KK
2000 - Makan-Makan Seafood
2200 - Tido
Day 2 – 11 Mac 2014
0400 – Bangun
0530– Naik Van ke Stesen Beaufort
0730- Arrive Beaufort
0815 -Train ride to Pangi - starting point
0900 - Tukar train sebab ada landslide
1100- Sampai kat Pangi dan rafting
1330- Ending point at Rayoh - lunch
1600 - Sampai ke Beaufort
1830 – Bertolak ke Kundasang
2145 - Sampai kt Mesilau dan Check in Mesilao Atamis Homestay
Day 3 – 12 Mac 2014
0400 - bangun
Day 2 – 11 Mac 2014
0400 – Bangun
0530– Naik Van ke Stesen Beaufort
0730- Arrive Beaufort
0815 -Train ride to Pangi - starting point
0900 - Tukar train sebab ada landslide
1100- Sampai kat Pangi dan rafting
1330- Ending point at Rayoh - lunch
1600 - Sampai ke Beaufort
1830 – Bertolak ke Kundasang
2145 - Sampai kt Mesilau dan Check in Mesilao Atamis Homestay
Day 3 – 12 Mac 2014
0400 - bangun
0700 - breakfast dan tunggu van ke Mesilau point
0930 – Start hiking via mesilau route
1730 – reach Laban Rata
2100 - Tido kroh kroh
Day 4- 13 Mac 2014
0100 – Bangun
0930 – Start hiking via mesilau route
1730 – reach Laban Rata
2100 - Tido kroh kroh
Day 4- 13 Mac 2014
0100 – Bangun
0200 - Breakfast
0230 - Start bergerak ke puncak
0645– sampai di puncak
0710 – turun ke Laban Rata untuk makan
1100 - Turunke Timpohon gate
0645– sampai di puncak
0710 – turun ke Laban Rata untuk makan
1100 - Turunke Timpohon gate
1500 - Sampai ke Timpohon gate dan naik van ke Kinabalu Park
1700 - Menuju ke Kota Kinabalu
1900 - Sampai di summer lodge
2000 - Jalan-jalan sampai patah kaki
Day 5 – 14 Mac 2014
0600 - Bangun
0700 - pergi pasar basah usha hidupan laut untuk dibeli
0900 - makan kat kedai
1000 - Menuju ke airport
1245 - Flight berlepas
0320 - Sampai KLIA
Penginapan di Mesilau : ARTEMIS MESILAU HOUSE (RM150 per house)
White Water Rafting : Borneo Ultimate Sports Adventure Tours (BUSAT) - (RM150)
Lodge di Kota Kinabalu : Summer Lodge (RM25 per head , depend on room)
Flight : Air Asia dan MAS (depend)
Porter charges : RM12 per kg
Transportation from KK to Kundasang to KK : RM450 ( i guess...)
Daripada info yang aku dapat mengenai trip hiking gunung kinabalu kena booking 6 bulan awal kat Kinabalu Park HQ dan bayarannya lebih kurang RM500+++.