Di putrajaya wetland kat area pusat rekreasi air terdapat acara ekspedisi Kayak melalui Tasik Putrajaya . Pukul 8 pagi sudah ada yag datang untuk pendaftaran tapi apa yang aku dengar cuma kali ni tak berapa ramai berbanding tahun lepas, untuk tahun lebih kurang 40 peserta tabah dan gigih join untuk ekspedisi kayak ni.
Bagi aku RM60 untuk bayaran ekspedisi ni sangat berbaloi seperti biasa dapat goodies (T-shirt + pamplets + keychain + sijil) , Energy pack (choki choki + pisang + 100 plus + sandwich) , breakfast dan lunch. Kayak dan peralatan suma disediakan.
Kalau yang takde kayak dan nak merasa kepuasan berkayak, event ni memang berbaloi sebab kalo sewa kayak di sini charge RM8 untuk sejam berkayak pada hari biasa dan RM8 untuk setengah jam pada hujung minggu. Di area pusat rekreasi air ni pon korg leh memancing dan kalo ada kayak sendiri atau bot sendiri better bawa ke sini sbbnya tasik di putrajaya ni boleh dikatakan luas untuk jelajah.
Untuk info selanjutnya dan aktiviti akan datang korang leh pegi ke page
Putrajaya Wetland.
" ini la goddies yang dapat"
" Tempat penyimpanan kayak dan peralatannya"
Selepas diberi taklimat kami bersiap sedia untuk mengambil peralatan iaitu dayung dan life jacket, juga untuk pilih bot kayak . Time ni aku datang sorg so aku amik kayak single . Terdapat 7 checkpoint dalam perjalanan berkayak nanti, dan aku tak berapa ingat nama2 tempat check point tu.
Semasa kami berkayak , kami diiringi oleh pasukan keselamatan dari Polis Marin Putrajaya, Jabatan Pertahanan Awam dan Unit Tasik Perbadanan Putrajaya. Acara ini telah menjadi acara tahunan untuk sukan air dimana ia telah bermula pada tahun 2004 lagi dan tahun ini kiranya untuk kali yang ke-8.
Selepas lebih kurang 2 km , kitorg terpaksa ke darat untuk angkut kayak ni ke sebelah tembok tasik melainka kalo korg hebat untuk terjun tembok 10 kaki , itu takde hal.
" ini check point pertama untuk kitorg rilek dulu sambil menunggu perserta yang lain datang"
Alhamdulillah hari ekspedisi tu cuaca boleh dikatakan baik, pada awal perjalanan aku ke Wetland , hujan mula turun agak lebat, dalam hati dah pikir mesti lambat start pastu elok je sampai kat Pusat Rekreasi air tu hujan pun berhenti.
Kitorg berkayak dari starting point ke Taman Seri empangan lebih kurang 8km++ dan sampai pukul 12:30 tengahari daripada pukul 10 pagi. Dimana disini kami berhenti dulu untuk makan dan solat dahulu sebelum sambung menghabiskan perjalanan lagi 40%
Dalam pukul 2 petang kami sambung semula berkayak menuju ke starting point balik, kebetulan time tu air hujan mula menitik2 tapi lepas beberapa minit nampak nasib cuaca menyebelahi kami.
Lebih kurang pukul 4:15 petang aku dah sampai ke kayak point semula sambil menunggu yang lain2 aku dah tersandar kepenatang, aku rasa selama berkayak ini la paling puas dan lama. Memang menguji kesabaran betol, kalo nak diikotkan tangan dan belakang dah mula letih dan sakit tapi ditahankan juga nak menghabiskan ekspedisi ni.
" Ini la kayak yang bertuah dapat aku sebagai pendayungnya"
Lepas bersihkan diri dan siapkan diri , penyampaian sijil mengakhiri ekspedisi kayak 2012 pada pukul 5 petang.